suria

"Go out, pergi balik!" - Pak Arab letak kaki atas seat bas! Siapa suruh biadab, kan dah kena halau dari bas

Tangkap layar menunjukkan suasana tegang antara penumpang dan pemandu bas.

MENJAGA adab adalah perkara asas yang perlu dilakukan, tidak kiralah di mana pun kita berada.

Jika berada di tempat awam terutamanya, adab dan toleransi yang tinggi perlu disematkan dalam diri masing-masing supaya keharmonian terpelihara.

Namun dalam masyarakat hari ini, kita masih tidak akan terlepas berdepan dengan segelintir individu yang bersikap kurang sopan dan tidak menghormati orang lain.

Seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang pemandu bas yang bertugas bertengkar dengan penumpangnya yang merupakan pelancong asing.

Sikap pelancong ini mengingatkan kita kepada Karen yang sebelum ini tular kerana enggan memakai pelitup muka sehingga sanggup bertekak dengan pegawai keselamatan.

Dalam dua situasi ini, pelancong asing mungkin merasakan mereka berhak melakukan apa sahaja walaupun perbuatan itu jelas tidak bertimbang rasa dan melanggar peraturan di Malaysia.

Tangkap layar video dikongsikan di TikTok.

Sebagaimana dikongsikan oleh Rico Sibarani, dapat dilihat pelancong tersebut lantang bersuara dengan melenting apabila tindakan biadabnya ditegur.

Difahamkan, lelaki berbangsa Arab ini meletakkan kaki di bahagian atas kepala kerusi bas sebelum tercetusnya perbalahan antara dirinya dengan pemandu pelancong.

Jika diteliti pada gaya bahasa ditulis pada video, dipercayai rakaman itu diambil oleh salah seorang penumpang yang merupakan warga Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab di negara orang! ‘Karen’ versi lelaki pula muncul di Ampang, bukan saja maki tapi bagi isyarat lucah kepada sekuriti

ARTIKEL BERKAITAN: Karen oh Karen! Selepas KLCC, dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan di Bangsar

"Ketika tourist negara asing membuat masalah dalam bas... dengan tegang si pemandu bas Malaysia menghalau pelancong tu.

"Dia bercakap (mengusir) dengan lantang. Ini Malaysia," katanya.

Menerusi dialog yang dituturkan oleh pemandu bas, dia pada ketika itu menegur lelaki tersebut sebelum pelancong terbabit tiba-tiba naik angin.

Kau fikirlah sendiri.. kaki duduk atas ni (kepala kerusi) elok ke?

PEMANDU BAS

Akibat pertengkaran mulut yang berlaku, pemandu yang memakai topi berserta baju oren meninggikan suara dengan menghalau pelancong bengis tersebut.

"Kau fikirlah sendiri.. kaki duduk atas ni (kepala kerusi) elok ke?

"You go out! Go out! I cannot go (enggan pandu bas). Pergi balik!," ujar pemandu bas tersebut.

Ketika suasana tegang antara dua individu tersebut, kelihatan seorang wanita cuba menenangkan keadaan dengan wajah menahan malu.

Berdasarkan video kedua yang dikongsikan, pelayar itu berkata kedua-dua individu ditenangkan oleh seorang penumpang wanita warga Indonesia.

Komen netizen di TikTok.

"Balai cerita. CCTV (kamera litar tertutup) pun ada. Bagi makan free seminggu (masuk) dalam lokap," kata seorang pelayar memberikan cadangan.

Menurut Rico, masih terdapat kesinambungan daripada rakaman tersebut dan dinantikan oleh netizen.

Bagaimanapun belum ada sebarang perkongsian dibuay olehnya sehingga kini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain