KASIH seorang bapa terhadap anak tidak ada penghujungnya. Walau sudah lanjut usia, keprihatinan mereka terhadap si anak tidak berkurang walau sedikit pun. Hakikat ini turut dikongsi, Tun Laila, 25, yang mana bapanya sentiasa menyediakan bekal makanan untuk dibawa ke tempat kerja. Ciapan asal di laman Twitter. Melalui satu ciapan tular di Twitter, Laila berkongsikan gambar juadah nasi goreng dan mi rebus yang diletakkan di dalam bekas untuk dimakannya di pejabat. "Ayah saya ni seorang yang sangat menjaga pemakanan anak-anak. Dia sangat risau kalau anak dia tak makan atau kurang makan. "Selain itu dia risau kalau anak dia makan makanan yang tak sihat macam fast food atau mi segera. Dia nak anak dia makan makanan yang berat dan mengenyangkan, a proper food. "Memang dari sekolah ayah akan sediakan bekal untuk kami sampai la kami dah dewasa ni. Tak pernah satu hari pun dia terlepas," ujar Laila. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bapa bantu bersiap, tolong sarung tudung! Lelaki ini bahagia jadi sekuriti di sekolah anak, pendidikan jadi keutamaan ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Semua ni untuk ayah” - Belum naik pentas, baru letak bonnet atas kepala... wanita ini dah menangis dulu dalam kereta kenang arwah bapa Laila juga menceritakan kisah meruntun jiwa di sebalik sifat prihatin bapanya terhadap pemakanan mereka. "Kami ni bukan datang dari keluarga yang berada. Kami memang catu makanan ketika zaman kami kanak-kanak, itu perkara biasa. "Mungkin ayah saya dah pernah rasa peritnya dulu nak sara keluarga, jadi sebab itu sekarang dia tak boleh tengok anak dia lapar. "Sebahagian dari trauma dan dia rasa terkilan dengan apa yang terjadi dulu, sekarang ni dia nak tebus balik. "Kalau saya nak cari pasangan hidup nanti, dia kena ada kualiti yang ayah saya ada. TUN LAILA "Dia akan pastikan kami cukup makan, dia tak nak tengok kami berlapar macam dulu lagi dah," jelas Laila yang kini menjawat jawatan sebagai peguam pelatih. Laila berkata, pada masa ini dia dan adik-beradiknya sering terlepas waktu makan kerana kepadatan jadual kerja dan tanggungjawab sebagai pelajar. "Ayah saya tahu yang saya ni sibuk dan akan korbankan waktu makan. Dia tak nak saya berlapar. Itu yang dia bungkuskan makanan dalam bekas siap-siap. "Risau betul dia pasal saya. Macam dalam tweet tu dia siap WhatsApp saya untuk ingatkan saya supaya makan. Si ayah mengingatkan Laila untuk makan. "Tak cukup dengan tu, dia transfer dekat saya duit emergency. Duit emergency tu actually duit makan saya dia bagi RM200. "Dia cakap dekat saya kalau sibuk sangat tak boleh keluar, pakai la duit ni untuk order makanan dekat Grab ke atau Foodpanda," kata Laila terharu dengan keprihatinan ayahnya. Laila memaklumkan dia tinggal serumah bersama abangnya di Subang, Selangor dan bapanya secara berkala akan singgah untuk menetap di dengan mereka. "Ayah saya duduk di Ipoh, Perak dan bila dia datang rumah kami dia akan sediakan bekal. Biasanya dia masak tapi kalau tak sempat dia akan beli dekat luar. "Macam bila dia balik dari solat Subuh dekat masjid dia akan beli di gerai. Bila kami turun je nak pergi kerja, makanan mesti dah siap atas meja. "Kuih atau apa-apa mesti ada something dah ready. Kami tinggal ambil je. Itu memang dah jadi kebiasaan. Saya sangat bersyukur ada ayah saya," kata Laila. Walaupun mempunyai seorang ayah yang sempurna dan penyayang, Laila mengakui berasa sedih kerana tidak mempunyai ibu. Pemindahan wang oleh ayah Laila. "Dulu biasanya arwah ibu yang handle memasak, tapi bila arwah ibu jatuh sakit, ayah yang ambil alih. "Ayah belajar memasak sendiri dan sekarang memang dia minat memasak. Sampai sekarang ni la dia jaga makan minum kami. "Ayah sekarang macam-macam dia dah boleh masak, mi sup, bihun sup, mi goreng dan banyak lagi juadah lain," terang Laila. Laila menasihati orang ramai untuk tidak membuat perbandingan antara keluarga kerana setiap famili mempunyai kelebihan dan kekurangan. "Jangan banding apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada. Saya baca netizen ramai cakap best untuk ada seorang ayah yang prihatin macam ayah saya. "Tapi mereka tak sedar yang saya tak ada ibu. Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. "Kepada mereka yang bakal bergelar ayah, saya nasihatkan untuk sentiasa ambil berat tentang anak-anak. Ayah saya is the perfect role model kepada saya. "Kalau saya nak cari pasangan hidup nanti, dia kena ada kualiti yang ayah saya ada," ujar Laila mengakhiri bicara. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI