APABILA bercakap tentang seorang individu yang sangat teliti dan sentiasa bersedia untuk keluarganya, mesti akan teringat ibu di rumah. Sebagaimana posting Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook, dia berkongsi bagaimana isterinya meninggalkan pesanan kepadanya sebelum masuk bekerja syif malam di hospital. “Sebelum dia pergi, dia dah sediakan sarapan dan bekal anak-anak untuk taska, sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Kemudian, dia titipkan pesanan. “Isteri saya ini seorang yang suka memberi arahan dengan lengkap. Saya suka arahan seperti ini. Semua perincian sudah dijelaskan, siap label dan nomborkan,” tulisnya. Tangkap layar perbualan Dr Kamarul Ariffin dan isterinya. Dalam pesanan yang ditinggalkan untuk Dr Kamarul Ariffin, isterinya menulis beberapa perkara seperti label pek bekalan makan anak-anaknya, cara untuk memanaskan makanan mengguna ketuhar gelombang mikro dan lain-lain. “Sebenarnya isteri saya dah pesan secara lisan, tetapi tetap juga dihantar dalam tulisan. “Pada saya, ini cara paling berkesan untuk memberi tugasan kepada saya, iaitu dengan meletakkan perincian dalam arahan. Jika tidak, saya akan lakukan tugasan dengan cara paling mudah. “Saya rasa kebanyakan lelaki begitu, menjalankan tugas dengan lebih fokus setelah diberi arahan,” katanya. Pada saya, ini cara paling berkesan untuk memberi tugasan kepada saya, iaitu dengan meletakkan perincian dalam arahan. Jika tidak, saya akan lakukan tugasan dengan cara paling mudah. Dr Kamarul Ariffin Dia menambah, bagi wanita pula, mereka lebih berorientasikan ‘value’ (nilai). “Jika dia beli sayur, dia akan terus fikir hidangan yang akan dimasak bersama lauk yang sesuai. “Sayur tersebut tahan lama atau tidak, ahli keluarganya makan atau sebaliknya, dan sebagainya. “Ini hanyalah pendapat secara umum. Sekadar satu generalisasi sahaja. Ada juga yang terbalik, atau berada di tengah-tengah,” ujar Dr Kamarul Ariffin. Pandangan seorang pengguna Twitter tentang perkongsian tersebut. Walaupun ramai yang memuji usaha si isteri menyediakan nota dan pesanan terperinci untuk doktor tersebut, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen negatif. “Tidak, ini tidak menakjubkan. Isteri awak perlu mengulang perkara yang sama setiap hari, ini bermaksud awak tak belajar apa-apa untuk mengurangkan tanggungjawab dia. “Berapa lama masa dia telah ambil untuk menulis segala nota, dan juga menyediakan semua makanan tersebut? Saya tengok pun rasa marah. “Ini dah macam ajar budak kecil. Awak dah dewasa, seorang ayah. Saya ingat saya akan membaca tentang seorang ayah yang akhirnya memasak dan menyediakan makanan untuk anak-anak,” ujar seorang netizen. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengantin baharu kena ‘bahan’ di tempat kerja, malu-malu buka bekal nasi bentuk love... “Hebat dia punya bento, bahagia ya” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bawa anak lemah longlai datang klinik, seharian tak makan gara-gara dipaksa puasa... Dakwa cikgu rampas bekal makanan Selain itu, seorang pengguna Twitter juga berkata yang perkongsian lelaki ini menunjukkan jumlah beban mental dan emosi yang ditanggung oleh isteri kerana wanita itu terpaksa menguruskan suami dan keluarga. Namun begitu, Dr Kamarul Ariffin berkata yang dia dan isteri mengamalkan komunikasi yang cekap untuk mengurangkan ralat antara mereka. “Arahan dan panduan dibuat terperinci, ejaan pun penuh walaupun dalam WhatsApp. “Dia tulis panduan penuh bukan sebab saya ‘lemau’, tapi itu memang cara kami komunikasi,” tulisnya dalam satu tweet. Dia juga berkata disebabkan panduan yang isterinya berikan sangat terperinci, jika ada kesilapan yang berlaku, sudah pasti berpunca daripada dirinya sendiri. Seterusnya, dia juga memberitahu akan cuba sehabis baik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sempurna, dan sehebat isterinya. Antara komen netizen di Facebook. Hantaran asal Dr Kamarul Ariffin itu meraih 11,000 tanda suka, dan dikongsi sebanyak 1,500 kali di Facebook. “Macam itulah otak wanita. Dia bagi siap-siap arahan sebelum ada soalan (FAQ) daripada suami. “Semua wanita dikurniakan kelebihan ini. Cuma perlu praktikkan dengan bijak. Benda kecil-kecil pun dia boleh tahu di mana letaknya. Itulah wanita melengkapi keluarga. Hargailah isteri yang satu sampai akhir hayat. “Terbaik untuk dijadikan contoh. Suami saya pula, suka jika saya hantar pesanan suara sebab dia tak gemar membaca. Jenis yang audio kinetik, pantas dia tangkap," demikian antara komen netizen. Sebelum ini, Dr Kamarul Ariffin banyak menceritakan tentang info kesihatan, motivasi diri, kisah seram dan lain-lain isu semasa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI