suria

Siapa suruh tipu mak? Anak pasrah ibu terpikat dengan tumbler Starbucks, asyik minta belikan sebab ‘murah’ nak buat koleksi

Si ibu bersama bekas minuman Starbucks yang dihadiahkan anaknya.

HOBI mengumpul cawan atau bekas minuman Starbucks sememangnya menjadi trend pada masa kini.

Rasa 'bangga' tidak terkata apabila meneguk air dari bekas jenama kopi yang popular di segenap pelusuk dunia ini.

Selain dijadikan koleksi, bekas minuman beraneka jenis dan corak ini juga sesuai dijadikan hadiah kerana ia boleh diklasifikasikan sebagai cenderamata bertaraf premium.

Starbucks menyediakan koleksi bekas minuman beraneka jenis dan corak. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, lain pula cerita lelaki ini yang menghadiahkan ibunya bekas minuman dari kafe ini, tetapi terpaksa 'tipu sunat' harganya kerana si ibu tidak menggemari barangan mahal.

Melalui hantarannya di Facebook, Syukor Majid menceritakan bagaimana bekas minuman itu pertama kali berjaya menarik perhatian ibunya.

"Hari tu bawa mak abang pergi minum dekat Starbucks. Dia tiba-tiba berminat tengok tumbler yang ada tersusun di rak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengantin lelaki menangis teresak-esak, tak puas peluk siap dukung ibu di majlis kahwin... Tetamu pun ‘banjir’ sama!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak hiba balik asrama, walau nangis tak putus beri bermacam nasihat untuk ibunya - “Tak sampai 15 minit dia call tanya ibu sihat?”

"Dia kata boleh bawa pergi mengaji. Jadi abang pun belikan satu. Bila mak tanya abang berapa harga, abang jawab RM20 sebab abang tahu kalau cakap RM200 mesti dia tak nak," ujar Syukor membuka cerita.

Tanpa disangka-sangka, ibunya yang percaya bekas minuman itu berharga sekitar RM20 dengan senang hatinya menambah koleksi itu setiap kali bertandang ke kedai kopi berkenaan.

"Tapi siapa sangka, akibat tak berlaku jujur, setiap kali bawa mak pergi Starbucks, mesti mak bawa balik satu bekas minuman yang baharu.

"Sehingga hari ini, mak abang dah ada lima biji tumbler Starbucks, design Chinese New Year pun dia sempat beli," tulis Syukor, berjenaka.

Kalau mak abang minta 50 biji tumbler pun abang akan cuba usahakan, tak ada masalah.

SYUKOR MAJID

Tidak ada anak yang mahu menghalang minat dan permintaan ibu, Syukor tetap memenuhi setiap kemahuan wanita itu walaupun kos keseluruhan sudah mencecah lebih RM1,000.

"Makin menjadi-jadi perangai beliau, rasanya dah sampai masa abang beritahu harga sebenar Tumbler tu bukan RM20," kata Syukor berseloroh.

Menurut Syukor, dia dikritik netizen kerana ramai yang mendakwa dia seperti berkira dengan ibu sendiri tetapi dia menyangkal tuduhan tersebut.

"Ramai yang kata abang berkira dengan mak. Ya Tuhan, abang tak berkira adik.

Bekas minuman dipamerkan di rak kafe Starbucks. -Gambar hiasan

"Kalau mak abang minta 50 biji tumbler pun abang akan cuba usahakan, tak ada masalah.

"Cuma nanti jangan tanya kenapa abang letak nombor akaun dekat Facebook," kata Syukor yang merupakan seorang pengusaha rangkaian makanan segera.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut menceritakan pengalaman mereka bersama ibu yang tersayang.

"Saya pun kalau nak belikan barang untuk ibu akan tipu harga barang," kata seorang warga maya.

Seorang netizen juga menceritakan pengalamannya bersama ibunya ketika menghadiahkan telekung Siti Khadijah.

Ciapan balas sebilangan warga maya.

"Dulu saya belikan mak telekung Siti Khadijah dan saya cakap dekat mak harga telekung tu bawah RM50.

"Balik tarawih dia kata kawan-kawan dia tempah lima macam tu telekung minta tolong belikan. Last sekali saya beritahu je mak harga sebenar.

"Akhirnya dia sayang nak pakai bila dia tahu harga telekung tu mahal rupa-rupanya sehingga boleh cecah ratusan ringgit," ujar netizen berkenaan.

Warga maya lain berpandangan kemurahan hati Syukor akan membantu memudahkan perjalanan hidupnya.

"InsyaAllah bila ikhlas bayarkan tumbler untuk mak, lepas tu mak bawa tumbler pergi mengaji pula, berkat hidup dunia akhirat," kata netizen itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain