suria

Semua dah siap, tinggal nikah je... bakal pengantin akur majlis batal sebab adat! Kekeliruan mas kahwin lebih RM21,000 jadi punca

Pasangan ini terpaksa membatalkan pernikahan atas sebab 'adat'.

PELAMIN anganku musnah!

Segala persiapan untuk pernikahan sudah dilakukan, namun apakan daya majlis terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Lebih menyedihkan apabila pernikahan dibatalkan bukan disebabkan oleh pihak ketiga atau restu ibu bapa, tetapi kerana adat.

batal nikah 2

Perkongsian kisah sedih Awa di TikTok menjadi tular.

Kisah sedih itu menjelang hari bahagia itu dikongsikan oleh bakal pengantin perempuan menerusi video yang tular di laman TikTok.

"Sudah bertunang, sudah foto pra-perkahwinan, sudah persiapan banyak perkara, MUA (jurumekap), jurugambar dan lain-lain.

"Tapi takdir kata lain. Ternyata ujian sebelum menikah itu berat," katanya sambil menambah agar bakal pengantin diberi kekuatan untuk menempuh ujian menjelang pernikahan.

Difahamkan, wanita yang berasal dari Sulawesi Barat, Indonesia itu dan tunang terpaksa berpisah kerana pasangannya gagal menyediakan mas kahwin berjumlah 75 juta rupiah (RM21,359).

Gadis yang lebih mesra disapa Awa itu memberitahu mereka mengenali antara satu sama lain pada April 2021 dan bertunang pada Mei 2022.

batal nikah 3

Pasangan ini telah menjalankan sesi fotografi pra-perkahwinan.

Memetik laporan Wolipop, nilai mas kahwin itu mengejutkan keluarga bakal suami Awa memandangkan mereka berasal dari Jawa, yang mana jumlah itu dianggap terlalu tinggi.

Menurut Awa, keluarga tunangnya pula menganggap mas kahwin berjumlah 5 juta rupiah (RM1,435) sudah memadai untuk melangsungkan pernikahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini nak jual hantaran, 'healing' tak jadi kahwin... Beg Dior harga RM22,500 pun ada! Tapi terkejut ramai DM nak jadi pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali putus tunang, jururawat terbuka juga hati terima jejaka ‘annoying’ pilihan keluarga... dah block WhatsApp tetap tak putus asa

Keluarga Awa malu kerana rancangan pernikahan tidak dapat diadakan mengikut tarikh yang dirancang disebabkan keluarga bakal pengantin lelaki gagal menyediakan mas kahwin.

Mereka juga terpaksa menangguhkan tarikh pernikahan pada 7 Januari tahun ini, di mana wang hantaran tersebut sepatutnya harus diserahkan pada 25 Disember tahun lalu.

batal nikah 5

Segala persiapan telah dilakukan menjelang pernikahan.

Bagaimanapun, keluarga tunangnya masih gagal menyediakan wang mas kahwin sebagaimana yang ditetapkan, malah pada masa sama tunangnya juga jatuh sakit.

Menurut Awa lagi, keluarga tunangnya hanya mampu menyerahkan 20 peratus nilai daripada jumlah yang ditetapkan.

Ternyata ujian sebelum menikah itu berat.

AWA

"Dalam keadaan sakit yang teruk, bakal suami dihalau oleh keluarga saya. Nasib yang sangat malang. Keluarga saya memutuskan untuk membatalkan perkahwinan kami.

"Kami berjanji untuk tidak meninggalkan satu sama lain. Tetapi keluarga memberi amaran di hadapannya jika saya terpaksa berpisah dengannya, saya akan dijodohkan dengan lelaki yang lebih baik daripadanya," ujar Awa dengan nada sedih.

batal nikah 4

Awa berkongsi kesedihan di tahun baharu.

Sementara itu, Awa meluahkan kesedihannya menerusi beberapa perkongsian di TikTok susulan pembatalan pernikahan bersama jejaka yang dicintainya.

"Tahun baharu mahu bersama kamu, tapi ternyata...

"Aku rindu saat pertama kali kamu bertanya siapa namaku," demikian antara luahannya.

Ruangan komen dihujani doa dan kata-kata semangat dalam kalangan netizen, dan antara mereka menganggap terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain