suria

Tak berlengah, Ebit Lew ‘muncul’ hulur bantuan... bawa berkampit-kampit ayam, usahakan cari ‘rumah baharu’ untuk anjing jalanan

Ebit menyantuni anjing jalanan di Pusat Jagaan Anjing Rainbow.

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew sememangnya tidak asing lagi dengan sifat pemurah dan sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Bukan hanya terbatas berbakti kepada manusia, nasib haiwan turut dibelanya.

Kisah tular mengenai Pusat Jagaan Anjing Rainbow yang menempatkan ratusan anjing terbiar dan diarahkan berpindah oleh pihak majlis perbandaran, menarik perhatian beliau.

"Sedih ramai tag saya mengenai Pusat Jagaan Anjing Rainbow yang dah 10 tahun kutip anjing jalanan tapi diarahkan tutup dan mungkin anjing akan dihapuskan.

"Mereka rawat, jaga dan beri makan anjing-anjing jalanan," kongsi Ebit dalam hantarannya di Instagram pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit Lew kongsi tip rezeki suami melimpah ruah, akui tinggalkan cash dan kad bank buat bidadari - “Janganlah kedekut pada isteri, keluarga”

ARTIKEL BERKAITAN: “Suka tengok cara ustaz bersedekah” - Rezeki ambang 2021, Ustaz Ebit bagi free 150 kerusi roda... siap janji nak tambah lagi kalau habis!

Tanpa berlengah, Ebit tiba di pusat jagaan haiwan berkenaan dengan berkampit-kampit makanan berupa 'kibbles' dan daging ayam.

Ebit turut meluangkan masa memasak makanan untuk diberikan kepada haiwan terbiar di pusat jagaan itu.

"Masa sampai, wanita India ni menangis sebak terharu. Dia selalu mengikuti saya di media sosial. Dia minta kata semangat dan doa.

"Terharu dengar dia menguruskan semua ini. Hidupnya diabdikan untuk kerja ini. Kakak ini baik orangnya. Anjing ni dah macam anak-anak dijaganya. Seronok dapat bagi makan dan bantu sedikit," kongsi beliau dalam hantaran tersebut.

ebit 2

Ebit meluangkan masa memasak makanan anjing.

Tidak hanya memberikan bantuan makanan, kunjungan Ebit juga membawa khabar gembira di mana pendakwah itu memberi jaminan untuk membantu mencari tapak baharu bagi menempatkan kesemua haiwan berkenaan.

"Syukur pergi berbincang dengan majlis bandaran. Mereka gembira beri masa sedikit dan gembira kami cuba bantu cari tempat yang lebih sesuai untuk mereka. Mungkin jauh dari mana-mana penempatan.

Anjing ni dah macam anak-anak dijaganya. Seronok dapat bagi makan dan bantu sedikit.

EBIT LEW

PENDAKWAH BEBAS

"Kami sedang bantu mencari tanah yang sesuai untuk pusat jagaan ini dalam masa terdekat," kongsi Ebit lagi.

Terdahulu, kisah Pusat Jagaan Anjing Rainbow menjadi tular selepas dikongsikan di laman TikTok bagi merayu bantuan orang ramai untuk mencari penempatan baharu buat kesemua haiwan berkenaan.

Ini kerana pihak pusat jagaan itu diarahkan berpindah oleh Majlis Perbandaran Kajang susulan aduan orang ramai.

ebit 3

Ayam mentah, makanan anjing dan beras yang turut disumbangkan Ebit.

"Dah tiga hari saya merayu... tapi tak ada siapa bantu. Memang rasa takut bila tuan bandaraya kata nak tangkap semua anjing ni kalau tak pindah," tulis pemilik akaun pusat jagaan haiwan itu dalam satu perkongsian, beberapa hari lalu.

Dalam satu perkongsian terbaharu, pusat jagaan tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ebit kerana sudi menyantuni dan mengambil berat nasib haiwan terbiar tersebut.

"Tak sama bangsa, tak sama agama. Panas terik Ustaz Ebit Lew masih masakkan makanan anjing-anjing kami. Terima kasih ustaz untuk berpuluh kilo ayam, biskut anjing, beras dan sumbangan RM1,000. Tak akan kami lupakan hari ini," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain