suria

Ngeri! Palang besi ‘terbang’ dari treler... tembus cermin bahagian seat penumpang kereta lain

Palang besi dari sebuah treler 'menghunus' masuk ke dalam kereta ini.

SEPERTI babak dalam filem Final Destination!

Filem berkenaan memaparkan kematian boleh tiba bila-bila masa dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Walaupun hanya filem fiksyen, ternyata perkara itu juga boleh berlaku dalam dunia sebenar seperti yang dilalui individu ini dalam satu kejadian mengerikan di sebuah lebuh raya.

Gambar palang besi dikongsikan selepas kejadian.

Dalam satu rakaman video papan pemuka milik kenderaan yang dipandu individu itu, dapat diperhatikan palang besi terjatuh dari sebuah treler sarat dengan muatan.

Palang besi itu melayang di udara sebelum dengan sekelip mata menerjah masuk ke dalam kereta tersebut dari bahagian cermin hadapan.

'Pemandangan' itu ternyata merindingkan bulu roma apabila palang besi tersebut menusuk cermin sehingga hampir mengenai kerusi penumpang di sebelah pemandu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa rentung dalam kemalangan rupanya baru pulang umrah, sempat kongsi petikan doa di WhatsApp sebelum kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa rentung dalam kemalangan rupanya baru pulang umrah, sempat kongsi petikan doa di WhatsApp sebelum kejadian

Seakan-akan sebutir peluru, tusukan palang besi itu boleh menyebabkan kecederaan serius dan berkemungkinan meragut nyawa jika kerusi penumpang itu diduduki seseorang, satu situasi yang tidak mampu digambarkan.

Palang besi itu dilihat berwarna oren-coklat, menandakan ia sudah berkarat dan berada di luar untuk jangka masa yang lama.

Treler yang dipercayai bertanggungjawab dalam insiden itu dilihat menutup muatannya dengan hanya menggunakan sehelai kain kanvas.

Saya akan sentiasa maintain a distance dari semua jenis kenderaan berat sebagai langkah berjaga-jaga.

NETIZEN

Kejadian yang memeranjatkan itu menyedarkan orang ramai bahawa ajal sebenarnya sebegitu hampir dengan kita.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut dan bersyukur tidak ada sesiapa yang berada di kerusi penumpang ketika palang besi itu 'menyinggah' masuk.

"Kalau saya yang memandu dan sebelah saya ada penumpang bila palang besi itu masuk, saya akan trauma seumur hidup.

"Okay saya akan naik pengangkutan awam sahaja mulai sekarang.

Netizen lain berkongsikan gambar kejadian di lebuh raya yang serupa.

"Sebab perkara macam ni, saya kalau nampak kenderaan muatan berat, saya akan terus potong diaorang atau stay dekat belakang jauh dari treler tu.

"Saya akan sentiasa maintain a distance dari semua jenis kenderaan berat sebagai langkah berjaga-jaga," kata sebahagian warga maya.

Semakan mStar di ruangan ciapan balas mendapati ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kepada pengguna jalan raya.

Beberapa netizen sempat berkongsikan gambar dan rakaman papan pemuka mereka sendiri menunjukkan objek asing 'menceroboh' masuk ke dalam kenderaan melalui cermin hadapan.

Netizen ini menceritakan dia nyaris maut apabila palang besi hampir menusuk kepalanya.

"Saya pun pernah kena, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.

"Pernah kena juga bulan Ogos tahun lepas. Sumpah takut! Kaca berderai depan muka," kata sebilangan netizen.

Warga maya yang lain pula menyeru agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan sewajarnya ke atas 'lori hantu' yang membawa muatan lebih dari had yang ditetapkan.

"Kena ambil tindakan cepat ke atas pemandu macam ini. Muatan lori tak ikat kemas-kemas. Overload pun mungkin juga ni.

"Saman terus lori macam ni. JPJ tolong ambil tindakan. Load barang tak rapi. Load barang lebih muatan sampai dah menimbun macam tu.

"Jangan tunggu lagi. Ambil tindakan terus kepada pemandu lori tak bertanggungjawab macam ni," ujar pelayar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain