suria

Terkesan kisah rumah tangga artis... wanita ini dilabel derhaka buat ‘content’ tengking suami, jadikan tempat lepas geram

Seorang isteri terkesan dengan kisah rumah tangga pasangan selebriti.

KISAH rumah tangga pasangan selebriti yang mana si suami mengaku berkahwin buat kali kedua masih hangat diperkatakan.

Ramai yang berasa kurang senang dengan hubungan pengarah kontroversi itu dengan isteri pertama, sehingga melabelkan isteri keduanya yang juga pelakon sebagai 'penyondol'.

Turut terkesan tentunya kaum wanita, terutama mereka yang bergelar isteri terhadap isu poligami yang menjadi bualan.

Wanita ini mengajuk dan meniru semula suara orang lain dengan ekspresi marah kepada suami.

Sebagaimana dikongsikan seorang pelayar di TikTok, seorang wanita 'melepaskan' amarahnya kepada suaminya yang menyifatkan tindakan pengarah kontroversi terhadap isteri pertama adalah tidak wajar.

"Satu Malaysia tengah frust, sampai laki (suami) aku pun aku marah!

"Sol (panggilan buat Syamsul) Sol Sol," tulisnya pada video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri membebel, memberontak sebab marah... suami patut diam saja atau wajar buat sesuatu?

Menerusi video berkenaan juga, suaminya yang ketika itu berada di kerusi sebelah di dalam kereta sambil mendukung anak kecil, bagaimanapun tidak memberi sebarang respons.

Situasi tersebut sekali gus menunjukkan si isteri 'terlalu prihatin' berhung isu yang berlaku sehingga suami menjadi mangsa keadaan, sebagai tempat untuk melepaskan geram.

Susulan perkongsiannya menjadi tular, seorang pelayar cikgu_ansar memuat naik semula video terbabit di TikTok bagi menegur segelintir isteri yang sanggup menengking suami gara-gara isu 'orang ketiga' yang hangat diperkatakan.

Sampai dekat suami sendiri hilang rasa hormat.

CIKGU ANSAR

Jelasnya, hanya disebabkan terlaku mengikut emosi dan sensitif dengan kisah curang, si isteri hilang rasa hormat terhadap suami yang sebenarnya tidak pun melakukan perkara sama.

"Orang ramai terlalu mengambil serius tentang kehidupan selebriti.

"Sampai dekat suami sendiri hilang rasa hormat," tulisnya pada video.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, difahamkan wanita dalam video yang tular hanya mengguna semula audio orang lain dan sekadar meniru suara sahaja.

Bagaimanapun, netizen terpedaya dengan ekspresi wajah penuh marah serta cakap ajuk yang dibuat wanita itu sehingga dianggap 'real'.

"Sebab tu kena faham hal Syamsul ni ujian buat kita sebenarnya. Timbul saja hal... habis orang lain jadi derhaka.

"Entahlah. Aku memang tak masuk campur sangat. Sebab tu tak 'angin' bising dekat suami pasal isu tak berkaitan.

Komen pemilik asal video.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 45,000 tanda suka dan hampir 1.2 juta tontonan di TikTok.

Di ruangan komen juga, pelayar wanita berkenaan tampil menjelaskan bahawa rakyat Malaysia sudah terpedaya oleh video dibuat olehnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain