suria

“Dah balut macam bantal” - Botol sambal pelanggan pecah, Khairulaming stres kurier tak jaga barang... cadang bungkus dengan toto

Khairulaming meluahkan kekecewaan mengenai isu bungkusan barangnya yang pecah.

BUKAN hanya keuntungan semata-mata, peniaga juga perlu memastikan barang yang dijual diterima pelanggan dalam keadaan baik.

Namun, risiko barang tersebut pecah atau rosak sering dikhuatiri terutama sekali oleh peniaga atas talian.

Jika pelanggan menerima bungkusan dalam keadaan rosak atau tidak memuaskan, pastinya penjual terpaksa menanggung kerugian.

Bagi sesetengah kes, mereka juga perlu menggantikan semula dengan item baharu secara percuma.

Ciapan asal di Twitter.

Turut terpalit dengan masalah sama, selebriti media sosial, Khairulaming meluahkan kekecewaan mengenai perkhidmatan kurier yang digunakan apabila terdapat aduan mengenai botol sambalnya pecah sebaik dihantar kepada pelanggan.

Ikon masakan berusia 31 tahun itu menjelaskan pihaknya sudah melakukan satu inisiatif bungkusan produk makanan dalam botol kaca mereka sebaik mungkin.

Bagaimanapun, usaha tersebut dianggap sia-sia kerana masalah tetap berlaku dalam proses penghantaran barang.

"Aku stres betul lah. Rasa dah balut bungkusan bukan main tebal macam bantal dah," katanya menerusi ciapan di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau baru start, better cari level you saja" - Ramai merungut PA Khairulaming 'bermulut puaka', sombong layan peniaga taraf biasa-biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Dari sebuah DSLR kepada 2 kilang sambal! Ramai terinspirasi video kisah hidup Khairulaming, banyak kali gagal rupanya

Dalam hantaran itu, Khairulaming turut memuat naik dua foto menunjukkan keadaan botol produk sambal yang diusahakannya dalam keadaan pecah.

Jika diteliti pada gambar tersebut, ia bukan sahaja tidak lagi boleh dimakan, sambal tersebut dilihat dalam seluruh bungkusan, malah terdapat kesan kekotoran tumpahan minyak.

Membalas ciapan sama, Khairulaming juga menjelaskan bahawa aduan seumpama itu bukan pertama kali berlaku.

"Satu persatu pecah. Nak kena balut dengan Toto Narita agaknya,” tulisnya dalam ciapan yang tular.

Cara packaging tuan tu sebenarnya tidak berapa sesuai untuk botol kaca macam tu.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama selain menasihati Khairulaming supaya menggunakan perkhidmatan kurier yang berbeza.

Dalam pada itu, segelintir netizen meluahkan rasa terhibur tentang gurauan 'Toto Narita' dengan berseloroh mengatakan jualan tilam tebal itu pasti 'mencanak' naik.

"Cara packaging tuan tu sebenarnya tidak berapa sesuai untuk botol kaca macam tu.

"Walaupun tebal, bubblewrap tak boleh nak protect certain type of impact especially sharp pointed impact.

"Sampai dah masanya untuk naik taraf bungkusan. Kemudian buat drop test," ujar beberapa netizen.

Tangkap layar luahan Khairulaming mengenai sambalnya pernah ditiru.

Hantaran itu menerima 1.9 juta interaksi (engagement) dalam kalangan pengguna Twitter, dan diulang kicau lebih 5,000 kali serta dan menerima 13,500 tanda suka setakat ini.

Terdahulu, Khairulaming pernah menceritakan mengenai rasa kurang senangnya apabila sambal yang dijual ditiru oleh peniaga lain yang tidak bertanggungjawab.

Semakan mStar mendapati sambal yang diusahakan Khairulaming terjual lebih 1 juta unit di pasaran mudah alih, Shopee.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain