suria

Nak badan slim kena berpantang? Ibu moden pilih ikut nasihat doktor, tak logik berkurung 44 hari, ‘puasa suami’... laksa tak boleh makan setahun

'Jadual berpantang' sebagaimana yang dikongsikan di laman Facebook KIMM.

WALAUPUN sudah melangkah ke zaman moden yang serba canggih, tidak dapat dinafikan, amalan berpantang selepas melahirkan bayi masih lagi diamalkan oleh sesetengah wanita.

Sebagai contoh, amalan pantang selama 44 hari atau 100 hari yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Difahamkan, sepanjang tempoh tersebut, ibu baru lepas bersalin perlu menjalani pantang larang yang ketat bukan saja dari segi pemakanan tetapi aktiviti harian yang lain.

Sebenarnya amalan berpantang mengikut petua orang lama tidaklah dilarang, asalkan ia tidak memudaratkan kesihatan badan, melanggar hukum Islam atau membuatkan si ibu stres sehingga mengalami kemurungan.

Meskipun ramai doktor khususnya pakar bidang sakit puan banyak berkongsi ilmu pengetahuan untuk wanita berpantang sama ada di media sosial atau media massa, namun masih ramai yang enggan mengambil endah malah menyifatkan perkongsian sedemikian 'terlalu moden' untuk diikuti dan melanggar petua lama.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengenai senarai pantang yang dilarang dilakukan oleh wanita baru bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi tanya makcik bawang buat apa? Dr Imelda bidas kepercayaan mengarut wanita kena puasa seks 100 hari selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat fitnah! Dr Imelda sekolahkan makcik bawang, bengang komen ‘tak pantang ais punca badan menggeleber’ - “Kalau laki hang nak cari lain, dia cari juga”

"Sila take note ya ibu-ibu yang sedang dan bakal berpantang.

"Lepas bersalin, kalau nak balik badan lelawa macam masa anak dara dulu-dulu, ibu-ibu wajib follow the rules ya. Jangan suka-suka pergi langgar pantang," tulis seorang wanita yang membuat perkongsian berkenaan.

pantang 1

Ibu yang sedang berpantang disarankan mengambil makanan berkhasiat. Gambar hiasan

Dia turut memuat naik 'jadual' senarai amalan berpantang yang merangkumi empat kategori iaitu pantang 44 hari, pantang 100 hari, pantang enam bulan dan pantang setahun.

Dalam kategori pertama iaitu pantang 44 hari, disebutkan bahawa para ibu dilarang untuk keluar rumah.

Untuk kategori kedua, ia menyenaraikan 'larangan' di mana para ibu perlu berpantang daripada 'bersama' dengan suami, mandi air sejuk, menggunakan pendingin hawa, mengangkat benda berat selain bayi sendiri dan terkena air hujan.

Bagi kategori ketiga, sepanjang tempoh enam bulan, para ibu perlu berpantang dari segi pemakanan selagi si bayi yang masih menyusu badan sepenuhnya belum bermula makanan pepejal (solid food) dan elakkan melakukan senaman yang berat (hard core).

100 hari pantang suami? Lepas itu suami 'makan luar' dan bawa penyakit... tak pun pasang isteri baharu. Meroyan pula.

NETIZEN

Sementara itu untuk kategori terakhir, dalam tempoh setahun selepas melahirkan bayi, si ibu dilarang mengambil minuman berais, laksa dan pulut.

Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi yang pelbagai daripada ahli laman KIMM, dengan rata-ratanya kurang bersetuju dengan amalan berpantang yang disyorkan.

Mereka berpendapat beberapa amalan pantang yang dikongsikan hanya akan membuatkan wanita yang baru bersalin lebih tertekan dan tidak menikmati proses berpantang yang sepatutnya dilalui dengan tenang.

komen pantang

Antara pandangan yang diutarakan netizen berhubung perkongsian di laman Facebook berkenaan.

"Lepas bersalin dah kena ulang alik klinik, tambah pula anak kuning. Celah mana pantang keluar rumah?

"Kalau saya ikut rules ni, silap-silap saya yang meroyan. Maaf ya, saya memang elakkan pantang yang buat saya stres.

"100 hari pantang suami? Lepas itu suami 'makan luar' dan bawa penyakit... tak pun pasang isteri baharu. Meroyan pula.

"Saya follow cara Dr Imelda. Alhamdulillah, Allah masih beri lagi kesihatan yang baik untuk saya. Yang penting jangan stres

"Tok sah (jangan) la push ibu-ibu berpantang ni sampai jadi rentan. Lebih baik biarkan mereka fokus pada menjaga bayi dan sembuhkan badan yang baru lepas bersalin tu mengikut keselesaan mereka," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain