suria

Axia terangkat naik divider jalan, ramai jadi saksi insiden langgar lari! Pemandu Iriz dah tak boleh sembunyi

Nota yang ditinggalkan saksi boleh membantu pemilik menjejaki kereta melakukan langgar lari.

INSIDEN langgar lari pastinya menjadi igauan ngeri setiap pengguna jalan raya.

Bukan sekadar menyebabkan kerosakan kenderaan, kecederaan atau paling teruk meragut nyawa, mereka yang terbabit dalam kes langgar lari juga biasanya tidak mahu bertanggungjawab dan enggan membayar ganti rugi.

Justeru, tidak keterlaluan jika golongan ini dilabel 'pengecut' kerana memilih jalan penyelesaian mudah terhadap masalah yang mereka sendiri lakukan dan dalam masa sama orang lain terpaksa menanggung kesulitan.

Ciapan asal di laman Twitter.

Dalam satu kes yang tular di Twitter, nasib pemandu sebuah kereta yang terbabit kes langgar lari bolehlah disamakan dengan peribahasa 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'.

Individu yang menulis tweet itu difahamkan berada di lokasi kejadian dan menjadi saksi bagaimana orang awam di situ membantu mendapatkan maklumat nombor pendaftaran kereta Iriz yang melakukan langgar lari itu.

"Dear owner Axia, kereta awak baru kena langgar dengan kereta Iriz. Saya cuma dengar dentuman kuat je tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Waktu malam, seorang diri pula... akak Grab tak takut berhenti tolong mangsa langgar lari - “Risau dia kena ‘sapu’ dek lori”

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk kongsi di Twitter minta viral, mangsa langgar lari disekolahkan netizen... Rupanya belum buat laporan polis!

"Owner Iriz dah lari dulu tapi saksi yang nampak dah tampal notes dan maklumat nombor pendaftaran kereta yang langgar awak tadi.

"Lokasi kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Pagoh, Johor," tulisnya di Twitter.

Dia turut menzahirkan rasa simpati memikirkan nasib pemandu Axia yang dilanggar itu dan bersyukur ramai saksi yang bertindak proaktif ketika kejadian.

"Keretanya dilanggar sampai ternaik dekat divider. Iriz tu lari, dia ingat saksi tak ramai agaknya. Ramai kot yang nampak," katanya.

Nota yang ditinggalkan saksi di tempat kejadian.

Netizen lain juga sempat berkongsikan pengalaman yang sama apabilla kereta mereka dilanggar lari ketika ditinggalkan dan orang awam di sekeliling menjadi penyelamat.

"Saya pernah kena macam ni. Kita dah selamat parking tiba-kena hentam pula dengan bas. Nasib baik ada orang jual nasi kukus tepi tu nampak.

"Dia sempat snap nombor pendaftaran bas tu. Saya terus call owner syarikat bas tu sebab nampak nama syarikat tu dekat belakang bas dalam gambar.

"Nasib baik dia sanggup nak bayar. Dia cakap tak perlu buat report," ujar netizen itu.

Seorang pelayar juga bertanyakan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil mangsa sekiranya nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar lari berjaya diperolehi.

"Maafkan saya kalau sedikit naive. Kalau jadi macam ni dan kita ada nombor plate kenderaan yang melanggar kita, apa next action yang kita boleh buat?

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Buat report polis lepas tu?" tanya netizen itu meminta penjelasan.

Seorang warga maya tampil memberikan penjelasan mengenai langkah yang boleh diambil dalam situasi tersebut.

"Pertama sekali buat laporan polis. Walaupun kereta yang langgar tu tak buat report, dah cukup untuk claim insurans kereta sendiri.

"Tapi kena tengok berbaloi ke tak cost repair kereta dengan kehilangan No Claim Bonus (NCB).

"NCB adalah diskaun yang diberikan kepada anda oleh pihak insurans sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tahun.

"Kalau nak claim insurans kereta yang langgar, usahakan pemilik kereta tu untuk sama-sama buat report. Tanpa report mereka, kita tak boleh claim insurans mereka," jelas netizen itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain