suria

Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - “Beli kondo pun parking kereta jauh”

Sebuah rumah flat yang dipasang bumbung awning di hadapan tapak parkir kereta.

"SELERA T20, poket B40."

Nampaknya tindakan penghuni mengubah suai bahagian luar unit rumah flat seolah-olah mereka tinggal di rumah teres atau banglo tidak berkesudahan.

Jika sebelum ini sering berlaku penghuni 'cop parking' dengan meletakkan pelbagai jenis barangan di tapak parkir, kini lain pula 'isu'nya.

Bukan satu tapak, tapi dua lot parkir 'dibolot' penghuni berkenaan selepas memasang bumbung awning di luar rumah.

rumah flat b40 6

Amalan 'cop parking' yang sering berlaku di kawasan flat atau pangsapuri.

Menerusi satu perkongsian, sekeping foto menunjukkan sebuah rumah flat yang dipasang bumbung awning di bahagian luarnya sehingga menyamai saiz dua tapak parkir.

Pemasangan awning tersebut sekali gus memberi 'isyarat' bahawa dua tapak parkir berkenaan adalah milik penghuni rumah berkenaan.

Salah satu tapak parkirnya diletakkan sejumlah pasu bunga dan permainan kereta kanak-kanak, manakala satu lagi dibiarkan kosong.

Dipercayai, ia merupakan salah satu unit di sebuah pangsapuri di Mantin, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap 'cop' suka buat bising... "Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!"

ARTIKEL BERKAITAN: Wah, siap ada balkoni! Ramai keliru tengok bangunan flat menumpang rumah 'teres' 2 tingkat, ada yang kata ini 'B40 kayangan'

Di ruangan komen, netizen mengkritik tindakan penghuni itu, termasuk mempersoalkan kewajarannya mengambil dua tapak parkir yang sepatutnya untuk kemudahan orang ramai dan penghuni lain.

"Wow, pasu bunga ada parking khas.

"Dia buat parking kereta mainan anak dia pula.

"Renovate tu aku tak kisah, tapi kau cop parking tu berdosa besar. Kasihanlah kat orang lain.

"Rumah teres terus jadinya.

"Beli kondo pun parking kereta jauh, beli flat dapat parking betul-betul depan rumah," demikian antara komen netizen.

rumah flat b40 4

Antara tindakan penghuni flat yang mengubah suai rumah mereka tanpa kebenaran PBT.

Selain itu, segelintir netizen menerusi perkongsian di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini turut mengeluarkan kata-kata sindiran.

"Ambil dua petak parking, siap buat taman pula depan rumah.

Beli kondo pun parking kereta jauh, beli flat dapat parking betul-betul depan rumah.

NETIZEN

"Patut dia bubuh set meja taman, barula healing dengan pokok-pokok dia.

"Alang-alang buat pagar dengan pintu gate, teruslah senang," kata beberapa netizen lagi.

rumah flat b40 5

PBT bertindak merobohkan struktur tambahan yang dibina tanpa kebenaran.

Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik rumah.

Tindakan penghuni rumah flat melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran PBT bukanlah perkara baharu.

Sebelum ini tular mengenai kisah penghuni flat yang mengubah suai kediaman mereka seakan-akan rumah dua tingkat yang turut mempunyai balkoni.

Selain itu, terdapat juga penghuni lain yang membina struktur tambahan tanpa kebenaran bagi menjadikan kediamannya lebih besar dan selesa.

Jadilah sebagaian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain