suria

“Takkan jodoh aku anjing” - Wanita akur ditemani haiwan dalam pesawat, lebur impian nak duduk sebelah lelaki kacak

Penantian 'jodoh' seorang wanita bernama Maksom berakhir dengan kekecewaan.

SUDAH jadi kebiasaan, apabila menaiki pengangkutan awam terutama sekali pesawat, sudah pasti kita tertanya-tanya dan menanti siapa individu yang bakal duduk di kerusi sebelah yang masih kosong.

Perasaan sedikit berdebar pasti ada kerana dialah yang akan menjadi ‘peneman’ sepanjang perjalanan sebelum tiba ke destinasi.

Menerusi video dikongsi seorang pempengaruh (influencer), dia menunjukkan bagaimana seorang rakan perempuannya ternanti-nanti siapa yang akan duduk di sebelahnya ketika mereka berada dalam sebuah pesawat, dipercayai ke Turkiye.

Menerusi kapsyen dan tulisan pada video yang dimuat naik oleh Zarol Zarif, dia memberitahu bahawa rakannya itu yang bernama Maksom duduk berasingan dan terpisah daripada dia serta seorang lagi rakan lain.

Di sebelah Maksom kelihatan terdapat dua tempat duduk yang masih kosong.

Sambil merakam gelagat Maksom yang masih berseorangan, Zarol berkata wanita itu mengharapkan individu yang akan duduk di sebelahnya adalah lelaki Turkiye yang berkemungkinan juga merupakan jodohnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya packing dan enjoy pergi sana” - Ramai terpedaya, lelaki pemurah tawar trip percuma ke Turki, tapi tak wujud!

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup ‘terbang’ jauh ke Turki jalani rawatan, lelaki kecewa hasil tak seperti diimpikan.... dakwa gigi baru seperti keldai

Namun, impiannya seakan musnah apabila empat lelaki Turkiye kacak yang lalu di laluan tengah pesawat tidak duduk di sebelahnya, sebaliknya berjalan terus ke bahagian belakang pesawat.

Tidak lama kemudian penantian 'jodoh'nya berakhir apabila seorang wanita membawa seekor anjing dalam sangkar dan mahu duduk di sebelahnya.

Maksom terkedu berdepan situasi lucu itu dan dalam masa sama berasa takut apabila dia terpaksa duduk di sebelah anjing.

Walaupun situasi itu amat membuatkan dia terkejut, Zarol dan seorang lagi rakannya yang duduk berhampiran tidak dapat menahan ketawa dengan apa yang mereka lihat.

Weh kasihannya harapan Maksom dihancurkan begitu saja.

NETIZEN

Ternyata impian Maksom musnah selepas dia meletakkan harapan yang cukup tinggi, menjangkakan akan bertemu jodoh dengan jejaka kacak yang duduk di sebelahnya.

"Tunggu lama kot, takkan jodoh aku anjing," Zarol menulis pada video itu.

Rakaman berdurasi 1 minit 30 saat itu mendapat respons yang pelbagai daripada warganet.

Rata-rata mereka turut terhibur melihat reaksi Maksom yang sangat terkejut apabila mengetahui seekor anjing akan menemaninya dalam pesawat.

“Weh kasihannya harapan Maksom dihancurkan begitu saja.

Komen netizen di TikTok.

“Sabar Maksom ya. Nanti cuba bas ekspres pula.

“Ya Allah plot twist. Tak tahan gelak,” komen netizen di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain