suria

Anak-anak rentung dijilat api, ibu kucing tak berganjak depan rumah... Paling sayu dengar suara si bulus berteriak minta tolong

Tangkap layar video ibu kucing menyaksikan anak-anaknya terperangkap dalam kebakaran.

MENDENGAR teriakan dan menyaksikan anak-anak terperangkap dalam kebakaran merupakan satu momen yang cukup menyayat hati.

Demikian situasi dilalui seekor ibu kucing yang setia menunggu di hadapan sebuah rumah sambil melihat api sedang marak.

Difahamkan anak-anak si ibu kucing itu terperangkap di dalam rumah ketika kebakaran membabitkan sebuah rumah teres di Seri Iskandar Business Centre, Seri Iskandar, Perak.

Lebih menyentuh perasaan apabila suara teriakan empat ekor anak kucing yang terperangkap itu jelas kedengaran menerusi video yang dikongsikan di TikTok @kacangkobis.

Menurut pemilik akaun itu, dia berasa bersalah terhadap haiwan berkenaan kerana tidak mampu menyelamatkan anak-anaknya.

“Hilang empat anak sekali gus. Minta maaf tak sempat nak selamatkan anak kamu wahai kucing,” tulisnya pada video itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih tengok Ciput tercari-cari tuan kesayangan... Rupanya pakcik ‘train’ kucing menari sebelum makan meninggal dunia!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Silap besar terima hadiah kucing, sekarang asyik teringat ex-BF! Kalau rindu cepat-cepat peluk si bulus, nak buang memang tak sanggup

Beberapa letupan kecil akibat litar pintas ketika api sedang marak menyebabkan orang ramai yang berada di luar rumah tidak mampu untuk membantu.

Momen si ibu kucing yang tidak berganjak daripada kedudukannya di luar rumah amat memilukan.

Si ibu mencari anak-anaknya yang rentung terbakar.

Hantaran dibuat lelaki itu meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan di TikTok.

Berdasarkan muat naik terkini, individu berkenaan berkongsi beberapa keping foto si bulus itu masuk ke dalam rumah selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Ibu kucing itu kelihatan seperti tercari-cari anaknya.

Dia tak tinggal pun. Setia menunggu sampai api padam.

NETIZEN

Seperti dijangka perkongsian berkenaan mengundang sebak dan rasa simpati dalam kalangan netizen tatkala mengenangkan nasib si ibu kucing yang kehilangan semua anak-anaknya serentak.

“Ibu... ibu cari anak ibu ke? Anak-anak ibu ada dekat syurga. Ibu jangan sedih ya.

“Dia tak tinggal pun. Setia menunggu sampai api padam.

Komen netizen di TikTok.

“Ya Allah... daripada video ke gambar ni tak boleh tahan air mata,” demikian antara komen netizen.

Malah atas dasar rasa simpati terhadap nasib malang kucing itu, ada individu yang menawarkan diri untuk menjaga kebajikan ibu kucing itu.

"Boleh tal saya nak jaga ibu dia? Tolong hantar ke hotel kucing saya... please saya akan tanggung segala perbelanjaan penghantaran," demikian menurut pemilil akaun @mizsnoiy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain