suria

Syok ‘berkampung’ di McD, siapa bising kena jeling! Pelanggan bengang geng pelajar study di restoran tapi mahu suasana sepi

Seorang lelaki kurang senang melihat golongan pelajar menjeling pelanggan lain gara-gara bising. -Gambar hiasan

DAHULU, perpustakaan menjadi 'port' lepak pilihan pelajar kerana mempunyai sumber ilmu dan maklumat yang banyak seperti buku, surat khabar dan jurnal.

Bagaimanapun kini, amalan mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan di restoran atau kafe sudah menjadi trend seiring perkembangan zaman dan kemajuan teknologi.

Zaman sekarang, pelajar boleh mendapatkan hampir semua informasi di hujung jari asalkan mereka mempunyai akses internet.

Maka tidak hairanlah restoran makanan segera seperti McDonald's, Starbucks dan kafe-kafe hipster menjadi ‘sasaran’ kerana menawarkan kemudahan internet percuma kepada pelanggannya.

Bagaimanapun, tular luahan seorang pengguna di Facebook yang berdepan dengan kumpulan pelajar 'berkampung' di sebuah restoran McDonald's yang tidak dinyatakan lokasi.

Luahan pelayar tersebut di Facebook. -Gambar hiasan

Menerusi hantarannya di grup B40 Buat Perangai Apa Harini, lelaki ini berasa kurang senang apabila ada pelajar yang meminta pelanggan di situ tidak buat bising kerana mereka sedang mengulang kaji pelajaran.

Seriously, saya tak boleh 'hadam' dengan sesetengah pelajar universiti yang ulangkaji dekat McDonald's.

“Saya dah kena beberapa hari lepas. Masuk saja McD, ada sekumpulan pelajar pulun study. Memang tak menjadi kesalahan ulangkaji di situ, tapi agak-agaklah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila dengar tu sumpah puas!” - Ada pelajar tak tahu common sense, bawa selimut berkampung di McD, harap suasana study macam library!

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Disimbah air, sampai jatuh kerusi... usahawan asyik reviu produk didakwa guna ayat lucah bikin pelanggan restoran panas – “Dua-dua ada salah, ada betul”

“McD tempat orang makan. Jadi kalau budak-budak buat bising tu standardlah. Ni jeling-jeling marah dekat budak-budak konon sebab bising,” katanya.

Tegas lelaki ini, kafe atau restoran makanan segera merupakan tempat khas untuk urusan jual beli makanan dan bukanlah tempat mengulangkaji pelajaran.

Justeru, sudah pasti orang awam yang mahu makan di kedai atau restoran tidak menyukai sikap kumpulan pelajar yang menjadikan premis berkenaan sebagai 'port' melepak sambil belajar.

“Restoran menjalankan perniagaan makan bukan bisnes untuk ulang kaji. Orang ramai tidak suka pelajar ‘tempah’ tempat duduk selama lebih dari sejam.

Kalau saya tengah lepak dengan member-member, lepas tu group yang tengah study suruh diam, lagi kuat kami sembang gelak-gelak.

NETIZEN

“Tempat duduk tu ditujukan untuk pelanggan yang mahu menjamu selera. Kalau ada students ‘kaki McD’ sini baca, mohon ada common sense ya.

Hasil tinjauan mStar di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan pemuda tersebut bahawa restoran bukanlah tempat sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut menceritakan pengalaman berdepan situasi hampir sama dan turut berasa kurang senang melihat golongan ini.

“Saya sebagai orang tua nampak gelagat budak-budak universiti di McD ni sangat menjolok mata dengan gelagat dan pergaulan bebas mereka.

“Belajar dekat McD tak juga pandai-pandai. Miskin adab dan sikap saja jadinya. Duit habis tapi tetap b*d*h. Kau belajar kat McD orang bising-bising kau diam saja.

Komen netizen di TikTok.

“Kalau saya tengah lepak dengan member-member, lepas tu group yang tengah study suruh diam, lagi kuat kami sembang gelak-gelak. Kedai makan kot. Bukan tanah kubur nak senyap sunyi,” demikian antara komen netizen di Facebook.

Dalam pada itu, ada yang meminta pihak pengurusan restoran untuk bertegas dan mengeluarkan peraturan agar tidak membenarkan para pelajar mengulang kaji pelajaran untuk tempoh yang lama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain