suria

Tragedi parasailing! Wanita dakwa lama dibiar terapung, ada tali putus... bergelut buka ikatan parachute selepas dijatuhkan dalam laut

Kiera menceritakan kisah pahit di sebalik percutian di Pulau Langkawi.

MALANG tidak berbau!

Begitulah kisah seorang pelancong yang berdepan detik cemas sewaktu melakukan aktiviti parasailing ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Rakaman insiden yang berlaku dikongsikan di TikTok Noorkiera sambil mangsa menceritakan semula bagaimana 'tragedi' itu menimpa dirinya.

"Pulau Langkawi sangat cantik tetapi jangan terlampau seronok. Hati-hati memilih aktiviti di sana.

Tangkap layar video dikongsikan Kiera di TikTok.

"Rasa ada sesuatu tak kena. Kami terhayun-hayun di udara. Kami pernah menaiki parasailing dan memang berasa sesuatu tidak kena waktu ini.

“Tali bergegar waktu ni (sedangkan cuaca baik). Kami nampak ada beberapa tali yang telah putus (ada beberapa tali pintalan)," tulisnya pada video yang dikongsi.

Bercerita lanjut, Kiera turut menjelaskan bahawa dia berada udara dengan anggaran setinggi bangunan tiga hingga empat tingkat sebelum dijatuhkan ke dalam laut.

Namun, petugas yang mengendalikan aktiviti itu didakwa hanya membiarkan sahaja Kiera dan seorang lagi pelancong yang bersamanya pada waktu itu berada dalam air untuk tempoh yang sisifatkan lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah minta tak mahu landing dalam air ketika naik parasailing, gadis nyaris lemas tetap ‘dijatuhkan’ di laut... tapi tak serik nak repeat!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kongsi kisah terjatuh masa parasailing, tak siapa tahu dapat sekali ‘pakej’ tali belit kaki, disengat obor-obor - “Saya nampak bot senget, sepupu pejam mata”

“Dari rakaman jauh dan angle ini (rakaman video) nampak seperti rendah tetapi kami masih tinggi di udara sewaktu itu. Selepas kami jatuh, orang di dalam bot tidak bertindak terus menyelamatkan kami.

“Mereka hanya menonton kami cuba lepaskan diri dari ikatan parachute sambil terapung selama lapan hingga 10 minit.

“Nasib baik parachute tak menyelubungi kami, Allah beri peluang untuk hidup. Tiada video selepas ini kerana panik. Sangat bahaya jika menggunakan servis ini kerana mereka tak well trained. Nasib baik belum ajal kami,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menceritakan mengenai kecederaan yang dialami setelah dijatuhkan ke dalam laut.

Akibat melakukan aktiviti itu juga, Kiera terpaksa berjumpa doktor bagi merawat kecederaan dan luka yang dialaminya.

Ini adalah parasailing terakhir kami. InsyaAllah tiada lagi.

NORKIERA

Menurut Kiera, doktor yang merawatnya mendedahkan ‘kisah hitam’ yang didakwa turut berlaku kepada pelancong-pelancong lain sebelum ini.

"Apabila berjumpa doktor di sebuah klinik di Langkawi, dia mengatakan kes ini acap berlaku. Kebanyakan daripada mereka yang mengendalikan water sports di sini rupanya tiada lesen.

“Kami mengalami kecederaan otot kaki dan PTSD (gangguan stres pasca trauma). Parasailing accidents rupanya sangat bahaya ada yang mengalami kecederaan otak, dan ada yang meninggal. Kami baru research selepas kejadian ini,” menurut Kiera lagi.

Serik dengan apa telah terjadi, Kiera menyatakan bahawa ini merupakan kali terakhir dia bermain parasailing.

Apatah lagi setelah dia membuat kajian mengenai insiden-insiden yang berlaku kepada ‘mangsa’ lain yang lebih parah.

“Kami baca kes parasailing accidents ada yang lemas sebab parachute menutup mangsa dalam air.

Komen netizen di TikTok.

“Ada yang patah tulang kerana hempasan kuat, ada yang rosak otak kerana jatuh lebih tinggi menyebabkan lambat untuk timbul dan macam-macam lagi.

“Ini adalah parasailing terakhir kami. InsyaAllah tiada lagi,” ujarnya lagi.

Hantaran dibuat Kiera meraih lebih 270,000 jumlah tontonan setelah disiarkan kurang 24 jam.

Rata-rata netizen turut menceritakan pengalaman pahit mereka bermain sukan air sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain