suria

Bab duit memang laju! Bertahun mak ayah tak jenguk anak, tiba-tiba muncul tuntut BAP... Cikgu serba salah tengok nenek ‘gigit jari’

Kisah ragam ibu bapa ketika menerima BAP dikongsikan oleh guru. Gambar hiasan.

SEJAK beberapa hari kebelakangan ini, topik Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menjadi antara isu yang hangat diperkatakan.

Bermula dengan insiden wang BAP berjumlah lebih RM100,000 yang 'lesap' akibat disamun daripada kereta seorang pengetua, sehinggalah kepada isu wang 'terkurang' daripada jumlah agihan sepatutnya, didakwa angkara sikap tidak jujur guru.

Terbaru, ketika ini di media sosial hangat pula dengan perkongsian golongan guru mengenai 'drama' perebutan BAP membabitkan ibu bapa murid.

Menerusi hantaran di Facebook Nia Firdani, boleh disaksikan pelbagai jenis drama yang berlaku ketika pengagihan BAP sebagaimana perkongsian beberapa individu berdasarkan pengalaman masing-masing.

BANTUAN 1

Antara senario ketika hari penyerahan BAP yang dikongsikan guru.

Namun rata-ratanya berkisarkan senario yang sama, iaitu pasangan suami isteri yang sudah bercerai namun mahu menuntut BAP untuk anak-anak.

"Pagi masa bagi duit ayah datang ambil... tengah hari mak pula datang nak ambil duit, dengan muka penat sebab kerja. Tiba-tiba cikgu cakap ayah dia dah ambil, muka mak terus berubah sedih dan kecewa. Cikgu pula yang rasa bersalah.

"Ada yang siap bergaduh dengan cikgu 'kenapa izinkan bapa dia ambil duit bantuan?'. Pihak sekolah pun pening nak respons.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu didakwa buat-buat silap bagi duit BAP tak cukup RM50, ibu bersuara dalam grup WhatsApp... Rupanya ramai ‘parent’ dah terkena!

ARTIKEL BERKAITAN: Wang BAP lebih RM100,000 lesap: Polis rakam keterangan 3 individu

"Yang lagi kejam, bapa yang dah lama menghilang, tiba-tiba datang claim duit anak. Isteri dan anak tengok dari jauh je dengan mata berkaca.

"Ada yang bapa dah bertahun-tahun abaikan keluarga, tak pernah bagi nafkah, tak pernah nampak batang hidung datang sekolah tuntut BAP untuk lima anaknya pagi-pagi. Petang anaknya nak tuntut tak dapat. Bapa lesap, duit lesap.

BAP 1

Ramai simpati dengan nasib murid lantara sikap ibu bapa yang 'tamakkan' wang BAP. Gambar hiasan

"Anak daripada kecil nenek tolong jaga. Batang hidung mak ayah tak pernah tengok. Nenek duduk la berdiri tepi, laju je mak yang ambilkan. Geram, nak bagi pada nenek yang jaga tapi itulah. Tak dapat nak buat apa... mak bapanya hidup lagi," demikian antara perkongsian para guru.

Sehingga kini perkongsian di halaman tersebut meraih lebih 2,600 shares di Facebook.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut melahirkan rasa geram dengan sikap segelintir ibu dan bapa yang hanya menunjukkan batang hidung di sekolah apabila tiba bab duit.

Lepas ni kena ubah kepada sistem baucar. Jangan bagi secara tunai.

NETIZEN

Malah, mereka mencadangkan agar mekanisme yang lebih ketat diperkenalkan oleh pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan agar bantuan tiba tepat kepada tangan penerima sasaran.

"Lepas ni kena ubah kepada sistem baucar. Jangan bagi secara tunai. Kalau nak beri secara tunai, ibu bapa wajib datang berdua untuk ambil duit. Wakil tak dibenarkan. Cikgu ni bukan nak kena ajar anak murid je, mak bapak sekali kena ajar.

"Boleh ditambahbaik lagi proses pemberian BAP ni, terutamanya pengesahan siapa yang sebenarnya jaga anak terutamanya yang dah bercerai, yang menghilangkan diri. BAP sangat bermakna kepada B40, M40.

BANTUAN 2

Lagi 'drama' BAP yang dikongsi guru.

"Dah jangka benda-benda macam ni akan berlaku. Better bagi baucar tunai berbanding wang tunai untuk elak salah guna. Praktikal baucar sama macam baucar buku untuk pelajar satu masa dulu.

"Allahukbar. Sedihnya bila jadi macam ni. Terbayang muka anak tu.. Mesti sedih dan beremosi," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain