FAKTOR kewangan sememangnya salah satu elemen penting di dalam sesebuah perhubungan. Ia cenderung dikaitkan dengan golongan Adam memandangkan mereka yang akan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Bagi sesetengah pasangan, mungkin bab kewangan bukan isu besar di mana ada yang mengambil pendekatan saling bantu-membantu dan bertolak ansur. Namun hakikatnya, lama kelamaan ia mampu mengundang bibit-bibit pergaduhan antara pasangan dan jangan terkejut, data yang dikongsi oleh mahkamah syariah sebelum ini menunjukkan masalah kewangan menjadi penyumbang utama kes penceraian di negara ini! Situasi yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Twitter @Twtmalaywedding juga berkisarkan isu yang sama di mana dia meluahkan kebimbangan lantaran bakal suaminya mempunyai pendapatan yang jauh lebih rendah. "Saya dengan boyfriend dah hampir dua tahun (bercinta) dan kami rancang nak kahwin tahun depan. Kami sayang antara satu sama lain tapi ada satu saja masalah dalam relationship. Wanita tersebut dan bakal suaminya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Gambar hiasan "Gaji saya tiga kali lebih besar daripada dia dan gaji dia hanya cukup-cukup makan saja. Kadang dia terpaksa ikat perut tak makan. Kadang saya bagi duit untuk dia makan. Tiap kali keluar, saya yang akan bayar semua," luahnya dalam mesej yang dikongsikan di laman itu. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami berkira teruk, merisik tak mahu bagi cincin tanda... siap kira siapa lebih banyak habis duit ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘tewas’ dengan pakwe kedekut hanya sebab sayang, pandai pujuk... berbaloi ke dijadikan suami? - “Setiap kali nak beli, dia WhatsApp suruh belanja” Menurut wanita tersebut, dia bukanlah seorang yang berkira dengan bakal suami sendiri namun kadang kala terbit perasaan mahu dilayani seperti wanita lain oleh kekasih sendiri. "Saya bukan berkira tapi saya nak jugak rasa dibelanja atau kalau bayar separuh-separuh pun saya tak kisah. Hari jadi saya dia tak bagi apa-apa hadiah. Kalau saya beritahu tak nak jumpa dia, dia akan merajuk," kongsinya. Memikirkan mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, isu kewangan menjadi perkara yang menghantui fikiran wanita ini. Kalau sampai nak belanja makan pun tak mampu, anda tahu anda tak akan bertahan lama... bila kahwin nanti lagi sakit. NETIZEN "Saya dah suruh dia tukar kerja tapi iyalah, sekarang bukan senang nak dapat kerja. Saya fikir nanti kahwin dia mampu ke nak bagi nafkah untuk saya, untuk anak-anak? "Saya patut teruskan relationship sampai kahwin ke? Saya selalu fikir apabila dah kahwin nanti macam mana kehidupan kami? "Sekarang semua benda perlukan duit. Saya buntu tak tahu nak decide apa. Tolong saya," luahnya lagi. Sehingga kini ciapan tersebut meraih lebih 590 ulang kicau. Sementara di di ruangan komen, pelbagai pandangan yang disuarakan oleh netizen, namun rata-ratanya menyarankan agar wanita tersebut mencari pasangan yang sekufu. Antara netizen yang meluahkan pandangan terhadap luahan wanita tersebut. "Tinggalkan dia, carilah yang sekufu. Lelaki adalah provider, kalau sampai nak belanja makan pun tak mampu, anda tahu anda tak akan bertahan lama... apabila kahwin nanti lagi sakit. "Kena tengok juga laki tu jenis yang bertanggungjawab dan rajin kerja tak? Atau memang spesis lelaki pemalas yang akan jadi biawak hidup lepas kahwin. "Nak kahwin macam mana tu kalau dia pun cukup makan je. Persiapan perkahwinan siapa keluar duit? Tak kisah gaji macam mana pun tapi dia boleh buat part time dan lain-lain, tunjuk usaha untuk kahwin. Ni awal-awal buat bodoh siap merajuk lagi? "Gaji kecil kalau rajin bekerja dan konsisten belajar dan buat apa yang perlu untuk cari income tambahan tak ada masalah, kalau sebaliknya maka faham-faham jelah. "Seeloknya move on sebelum keadaan jadi lebih teruk dan dipergunakan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube