suria

Ramai sangka wanita ini bermadu lagi, rela suami kahwin tiga! Katanya nak nikah 4 pun boleh, tapi ini cerita sebenar

Fiena dan suami hadir pada majlis perkahwinan ibunya. Foto kanan Fiena dan anak-anak bersama ibu.

RAMAI yang terkejut apabila seorang wanita yang pernah tular menemani suaminya berkahwin dengan isteri kedua, kini menerima 'orang baharu' dalam hidupnya.

"Dulu teman suami kahwin nombor dua. Hari ni akan terima lagi orang baru dalam famili," menurutnya dalam video yang kini tular di media sosial.

Perkongsian video yang meraih tiga juta tontonan di TikTok itu membuatkan ramai menyangka ia merupakan perkahwinan kali ketiga buat suaminya.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Safinatunnajjah Nasir tampil menceritakan perkara sebenar bahawa suaminya bukanlah pengantin dalam majlis yang berlangsung pada Sabtu.

Lebih mesra disapa Fiena, dia berkata acara berkenaan merupakan majlis perkahwinan ibunya yang sebelum ini merupakan ibu tunggal selama enam tahun.

"Bukan suami saya yang kahwin lagi, tapi umi (panggilan ibu) yang kahwin lagi. Apabila saya cakap 'selamat pengantin baru nyawaku dunia akhirat' itu ditujukan kepada umi saya.

"Dulu memang temankan suami kahwin dengan isteri nombor dua, tapi yang kahwin lagi semalam di Batu Pahat, Johor adalah umi saya," katanya ketika dihubungi mStar.

mak kahwin lagi 4

Fiena (kiri) bersama suami dan salah seorang anak.

Tambah Fiena, 31, ibunya yang berusia 56 tahun berkahwin dengan seorang duda berusia 64 tahun dan mempunyai lima anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Setelah 9 tahun berumah tangga, isteri reda sign borang poligami demi kebahagiaan si dia... hadir majlis kenduri, suami siap request baju sedondon!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang - "Wife kedua BFF saya"

Namun, anak kelahiran Batu Pahat itu tidak menyangka video berkaitan perkahwinan ibunya menjadi tular sehingga ramai menyangka dia bermadu buat kali kedua.

mak kahwin lagi 1

Ibu Fiena (kanan) berkahwin lagi setelah bergelar ibu tunggal selama enam tahun.

"Apabila saya sebut 'tak sangka sekali lagi' tu maksudnya tak sangka umi akan berkahwin lagi sebab sejak ayah meninggal dunia, ada je beberapa lelaki mahu berkenalan dengan umi.

"Tapi kami adik-beradik tak berkenan sebab ada je antara mereka sama ada adalah suami orang, mempunyai karakter yang tak sesuai atau tidak serius selepas berkawan.

"Yang kali ini kami berkenan, tapi tak sangka selepas beberapa bulan masuk meminang, terus kahwin... itu yang tak sangka," ujarnya yang merupakan anak sulung daripada lima beradik.

mak kahwin lagi 2

Fiena bersama keluarga.

Februari tahun lalu, kisah Fiena mendapat perhatian apabila suaminya yang kini berusia 36 tahun mahu berpoligami setelah usia perkahwinan lebih sembilan tahun.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia kini lebih tenang dan bersyukur suaminya bersikap adil dan menjalankan tanggungjawab kepadanya dan anak-anak.

Apa yang lebih penting adalah suami bertanggungjawab dan kasih sayang pada saya dan anak-anak tetap sama.

FIENA

"Cuma saya rasa tak best kali ini viral kononnya suami kahwin nombor tiga. Kalau nak kahwin lagi betul-betul saya tak kisah, tapi setakat ni belum ada. Nanti apa pula kata isteri nombor dua.

"Suami nak kahwin nombor tiga ke empat, saya okay je sebab tak ada beza, saya masih hidup bermadu. Apa yang lebih penting adalah suami bertanggungjawab dan kasih sayang pada saya dan anak-anak tetap sama," kata Fiena yang mengusahakan bisnes kosmetik bersama suami.

mak kahwin lagi 3

Keluarga bapa tiri.

Walaupun hidup bermadu, Fiena yang menetap di Kuala Lumpur berkata, dia dan adik-beradik mahu yang terbaik buat ibunya yang membuat keputusan untuk berkahwin lagi.

"Saya tahu macam mana perasaan sebagai isteri pertama, sebab itulah saya tak mahu umi berkahwin dengan suami orang. Cukuplah saya yang merasai pengalaman itu.

"Saya harap yang terbaik buat umi, semoga dia bahagia bersama suami baharu. Kepada ayah baharu, jagalah umi dengan baik dan jalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain