suria

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol... gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

Yusuff minat bermain bola sepak sejak kecil.

BARU berusia dua tahun tetapi seorang kanak-kanak pandai meniru gaya bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, yang sering meraikan jaringan gol dengan laungan 'Siu'.

Dari baldi, bakul, topi keledar sehinggalah ke set permainan gawang, semuanya mampu dibolosi si cilik ini apabila melakukan tendangan.

Setiap langkah dan aksinya yang tak ubah seperti pemain profesional sering dirakamkan oleh ibu bapanya dan dikongsi di laman sosial.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Anis Adibah Hashim berkata, anak sulungnya, Yusuff Iskandar Mahadir kini berusia dua tahun enam bulan.

Lebih mesra disapa Anis, katanya, dia percaya minat suaminya dalam dunia bola sepak menyebabkan sukan itu mula mempengaruhi anaknya ketika masih dalam kandungan lagi.

"Minat Yusuff pada bola sepak sejak dia belum lahir lagi. Setiap malam sebelum tidur, suami saya iaitu bapa Yusuff akan gosok perut (baby bump).

"Setiap kali gosok perut, suami kata bila anak lahir nanti, dia mahu anak minat bermain bola sepak dan jadi pemain bola sepak," katanya ketika dihubungi.

anak kaki bola 3

Yusuff merupakan kanak-kanak yang aktif dan peramah.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, bapanya, Allahyarham Hashim Abdullah merupakan pemain bola sepak Kelantan yang ketika itu Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) dan suaminya, Mahadir Othman, 40, aktif mewakili sekolah untuk beberapa kejohanan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Siap buat research, pasang target sebelum pergi ke Jepun" - Wow! Baru darjah 5, lukisan bakal animator jadi perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Makin menjadi-jadi sejak 'dapat kaki'! Handal lambung botol air, tendang bola pun padu... patutlah coach bukan calang-calang

"Suami selalu main bola permainan di hadapan Yusuff. Selalu juga bola tu menyentuh kaki anak yang sedang baring atau meniarap.

"Masuk usia lebih setahun, Yusuff pula semakin obses dengan bola. Hampir setiap hari dia bermain bola di rumah bersama ayahnya," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

anak kaki bola 4

Bapa Yusuff sentiasa melatih anaknya bermain bola sepak.

Menurut Anis, anaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang lebih berminat untuk bermain dengan pelbagai jenis permainan yang dijual di pasaran.

"Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan seperti patung Ultraman. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung minta belikan.

Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung.

ANIS ADIBAH HASHIM

"Lebih 20 biji bola kami beli untuk Yusuff. Sekurang-kurangnya kena ada sebiji bola di rumah nenek dan ibu saudara yang sering dikunjunginya, serta sebiji bola dalam kereta untuk Yusuff bermain... kalau tak, nanti dia menangis.

"Sebagai kanak-kanak, Yusuff sudah tentu minat menonton kartun dan dia lebih teruja dengan siri animasi Bola Kampung," ujarnya lagi.

anak kaki bola 2

Antara jersi milik Yusuff,

Lebih banyak menghabiskan masa dengan berlatih di rumah, dia yang merupakan suri rumah menambah, anaknya juga dibawa ke padang berdekatan.

"Yusuff ni aktif, peramah dan bercakap non-stop walaupun kita tak faham apa yang dia cakap sebab pelat. Dia memang susah nak menangis, sangat happy-go-lucky.

"Buat masa ini, Yusuff lebih tahu perkataan gol. Bola pun disebutnya gol. Kalau Yusuff dapat jaringkan goL, ayah dia akan bagi ganjaran ais krim dan pernah sanggup belikan pukul 11 malam," katanya sambil menambah suaminya merupakan penyokong Ronaldo dan Manchester United.

Sebagai ibu, Anis berkata, dia akan sentiasa menyokong minat dan bidang yang diceburi anaknya termasuk menjadikan pemain bola sepak sebagai kerjaya.

anak kaki bola 1

Anis (kiri) bersama suami dan anak.

"Kalau Yusuff hanya menjadikannya bola sepak sebagai hobi dan bukan kerjaya, saya tak paksa dan tetap menyokong apa juga selagi ia baik, tidak memudaratkan dan tidak melanggar hukum.

"Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak tu walau sekecil-kecil pun pencapaian itu kerana ia cukup bermakna bagi mereka. Dari situ dia akan tunjuk sikap yang baik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain