PASTINYA kita biasa mendengar peringatan daripada orang sekeliling ataupun menerusi perkongsian di media sosial mengenai bahaya mengamalkan pengambilan makanan pedas. Hal yang sama dialami oleh gadis ini sehingga dia akhirnya terpaksa ditahan di wad gara-gara tabiatnya yang suka memakan 'ramen'. Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Syiqin berkata, dia mula 'ketagih' memakan ramen sejak tingkatan dua iaitu ketika makanan tersebut menjadi viral. "Ketika itu saya sakit perut tapi on dan off saja jadi saya tak ambil berat sangat. Pernah pergi klinik tapi doktor hanya beritahu ia sakit perut biasa saja," ceritanya memulakan bicara. Bagaimanapun tahun lalu, sakit perut yang dialaminya menjadi mimpi ngeri. Boleh dikatakan 'ramen' menjadi antara hidangan 'wajib' Syiqin sebelum jatuh sakit. Menurut Syiqin, sakit perut yang dialaminya sekitar penghujung Oktober lalu menyebabkan dirinya terpaksa berulang alik ke klinik sebanyak tiga kali! ARTIKEL BERKAITAN: Pressure cooker tiba-tiba meletup, seperiuk sup ‘simbah’ badan! Wanita menggigil sejuk, 3 kali mandi sebelum dibedah ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 klinik reject, wanita dirujuk ke hospital keluarkan bihun dalam jari... lucu tapi azab! "Ada satu hari tu saya sakit perut sampai tak dapat ke sekolah. Jadi ibu bawa ke klinik namun doktor beritahu hanya sakit perut biasa. "Jadi saya balik makan ubat tapi sakit tetap tak hilang. Dia rasa macam pedih dekat usus, sakit keliling pinggang dan dekat perut. Serba tak kena, berjalan tak boleh, tidur pun sakit dan sambil duduk. "Kemudian pergi lagi ke klinik buat kali kedua di klinik lain. Doktor kata gastrik dan cucuk ubat... redalah sikit tapi tak sepenuhnya. Malam tu pergi lagi klinik yang sama dan doktor buat appointment dengan pakar keesokannya. Kadang bila apa yang ibu masak tu saya tak gemar, saya akan makan ramen. Pernah makan tiga kali sehari! SYIQIN "Terpaksalah tahan sakit. Tapi esoknya, sakit serang lagi dan terus ke hospital," cerita gadis yang merupakan penuntut tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Klang. Syiqin yang juga anak sulung daripada empat adik beradik berkata, dia akhirnya terpaksa ditahan di dalam wad untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mengesahkan dia mengalami 'gastroesophageal feflux disease' (Gerd) atau dikenali sebagai asid refluks dan luka pada usus. "Hampir enam hari saya ditahan di wad sebab kena kena lalui prosedur masukkan kamera dalam usus. "Doktor kata puncanya kerana pemakanan iaitu kerap ambil makanan pedas. Dan saya dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan mengurangkan makanan pedas. "Saya akui tabiat tersebut sudah sebati kerana saya memang gemar makanan pedas dari dulu. Kadang bila apa yang ibu masak tu saya tak gemar, saya akan makan ramen. Pernah makan tiga kali sehari!" kongsinya. Syiqin didiagnos menghidap Gerd. Meskipun tiga bulan sudah berlalu, namun Syiqin berkata pengalaman tersebut masih menghantui dirinya lebih-lebih lagi dia sekali lagi diserang sakit perut pada awal Januari lalu kerana terambil makanan pedas. "Menitik air mata tahan sakit... sudahlah ketika itu sedang jawab peperiksaan. Saya gagahkan tunggu sampai habis paper dan beritahu cikgu untuk minta ibu ambil di sekolah. "Mujurlah, selepas makan ubat, Alhamdulillah sakit perut reda. Memang saya serik dan lebih berhati-hati selepas ini. "Tak sangka perkongsian saya di TikTok meraih perhatian. Saya harapkan perkongsian tersebut sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan diambil iktibar oleh orang lain," ujarnya lagi. Sehingga kini, perkongsian Syiqin di TikTok meraih lebih 768,000 jumlah tontonan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube