SAMBUTAN Tahun Baru Cina disambut dengan penuh kemeriahan dan warna-warni. Setiap kali makan besar menjelang perayaan itu, hidangan Yee Sang sememangnya menjadi kemestian selari dengan tradisi turun-temurun masyarakat Tionghua di Malaysia. Yee Sang atau ikan mentah yang disajikan dengan hirisan sayuran berwarna-warni melambangkan kekayaan, kemewahan, kebahagiaan dan kemakmuran pada setiap individu. Ciapan asal di laman Twitter. Keunikannya adalah semasa acara mengadun dan melambungnya menggunakan penyepit sebagai simbolik tuah dan rezeki yang akan tercapai pada tahun mendatang. Ramuan Yee Sang biasanya terdiri daripada potongan isi ikan mentah seperti salmon yang dicampurkan dengan cebisan sayur-sayuran dan sos terpilih. Yee Sang menjadi kewajipan dalam setiap majlis sambutan Tahun Baharu Cina sehingga timbul kefahaman bahawa ini adalah tradisi kaum Cina di seluruh dunia dan ia berasal dari tanah besar China. Melalui pendedahan di Twitter oleh @adrainlimcheeen, dakwanya Yee Sang adalah juadah unik kepada masyarakat Cina di Malaysia sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terlopong dapat tahu asal usul chicken chop, patut la tak pernah jumpa di negara Barat... Tapi ada dalam menu kopitiam ARTIKEL BERKAITAN: Nasi dianggap jahat! Doktor risau fikirkan makanan ranking No 1 rakyat Malaysia - “Baliklah kepada makanan asal nenek moyang kita” Perkara yang lebih memeranjatkan apabila ciapan itu turut menyatakan sosok tubuh yang memperkenalkan Yee Sang adalah datuk kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. "Yee Sang, makanan yang selalunya muncul pada Tahun Baru Cina sebenarnya bukan hidangan yang diwarisi daripada moyang masyarakat Tionghua di China. "Tetapi dicipta oleh Restoran Loke Ching Kee di Seremban pada sekitar 1940-an. Restoran Loke Ching Kee diusahakan oleh Loke Ching Fatt iaitu datuk kepada Anthony Loke, Menteri Pengangkutan sekarang," ujar netizen itu. Yee Sang sebenarnya bukan hidangan yang diwarisi daripada moyang masyarakat Tionghua di China. ADRIAN LIM Seorang netizen lain kemudian bertanyakan adakah ini bermaksud hidangan Yee Sang hanya terdapat di Malaysia sahaja dan tidak terdapat di tanah besar China. Pemilik ciap memberikan jawapan balas dengan mengatakan Yee Sang adalah unik untuk masyarakat Cina di Malaysia sahaja. "Ya. Cina di China, Cina di Hong Kong, Cina di Taiwan, Cina di Indonesia tak buat Yee Sang waktu Chinese New Year. "Hatta apa benda tentang Yee Sang pun mereka tak tahu. Dekat Malaysia kita boleh tengok Cina, Melayu, India, Kadazan dan Iban semua pun tahu apa itu Yee Sang. It’s a Malaysian thing," katanya. Makanan tradisi Yee Sang ketika sambutan Tahun Baharu Cina. -Gambar hiasan Pada tahun 2015, Anthony Loke membuat hantaran di Facebook tentang bagaimana hidangan Yee Sang dipelopori oleh datuknya. "Kepada sesiapa yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang asal usul Yee Sang, boleh baca artikel ini di laman sesawang Yahoo News," tulis Anthony Loke dalam hantarannya. Anthony Loke seterusnya memetik sebahagian daripada inti pati laporan berita bertajuk '6 praktis masyarakat Cina yang bermula di Malaysia' dan memasukkannya di ruangan kapsyen. "Tuntutan yang paling kukuh mungkin yang dibuat oleh Loke Ching Kee (datuk kepada ahli parlimen Rasah, Anthony Loke). Loke sudah menghidangkan Yee Sang di Seremban sejak tahun 1940-an. "Jalan di hadapan kedainya akan diletakkan meja yang berderet dan orang tempatan akan berkumpul untuk mengadakan parti Yee Sang yang sangat besar. Hantaran Anthony Loke di Facebook pada tahun 2015. "Cucu Loke memberitahu datuknya pernah mencipta hampir lebih 30 resipi Yee Sang ketika masih bergelar seorang tukang masak di kedainya," demikian antara kenyataan daripada Yahoo News. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa teruja kerana Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menyambut Tahun Baharu Cina. "Bagus betul maklumat macam ni. Tiba-tiba terfikir mungkin ada antara nenek moyang kita pernah cipta resepi tapi sebab kita malas nak mengkaji sejarah, kita pun makan je tanpa kisah dan peduli. "Yes, trademark kita orang Malaysia, saya sangat berbangga. "Jadi nasi lemak, chicken chop dan Yee Sang sebenarnya adalah hidangan yang berasal dari Malaysia? Bagus saya sangat gembira," kata sebilangan warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube