suria

Kawan baik asyik borak hal anak, wanita TTC ‘krik krik’ tak tahu mencelah… Sudahnya elak lepak sama demi jaga emosi sendiri

Seorang wanita berkongsi luahan mengenai rakan-rakan yang mempunyai anak.

SIAPA yang tidak seronok bertemu dengan rakan-rakan lama, pasti banyak topik yang mahu dikongsi dan dibualkan seperti keluarga dan kerjaya masing-masing.

Namun bukan semua yang teruja, kerana di sebalik perjumpaan atau reunion itu mungkin akan ada hati yang terluka.

Begitulah yang dirasai wanita ini yang merupakan salah seorang pasangan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau 'trying to conceive' (TTC).

Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, wanita yang lebih dikenali sebagai Deqna berkata, dia sebenarnya trauma apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai anak.

Sehubungan itu, dia sedaya-upaya untuk mengelakkan daripada bertemu dengan rakan-rakan berkenaan.

kawan ada anak 4

Deqna merupakan antara pasangan yang mengimpikan cahaya mata. -gambar hiasan/foto Freepik

"Apabila saya jumpa kawan-kawan yang ada anak, mereka jumpa dan bercerita tentang anak mereka... aku krik krik kat situ.

"Sampai sekarang, kalau jumpa kawan-kawan yang ada anak, saya akan cuba elak daripada tidak berjumpa sebab saya dah kena," katanya yang merupakan 'survivor' kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy) sebanyak tiga kali.

Keadaan itu (kehamilan luar rahim) memaksa kedua-dua tiub fallopionya dipotong, menyebabkan dia tidak dapat hamil lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu stres fikir zuriat, pasangan ini 'layan' honeymoon 5 tahun! Hebat aturan Allah, pasport tamat tempoh terus buka buku pink

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak kan semua nak beritahu orang?" - Selepas 7 tahun menunggu, sabar 'hadap' soalan sensitif... pasangan TTC masih harap timang zuriat tahun 2022

Menurut Deqna, antara pengalaman tak manis terpaksa dilalui adalah sewaktu sambutan Hari Raya ketika dia bersama suami bertemu dengan dua rakan yang sudah berkahwin.

"Masa raya, kata nak jumpa kawan-kawan. Aku ni tak ada anak lagi, yang dua kawan aku dua-dua dah ada anak.

"Yang dia ni cerita dengan dia tu, anak kau berjalan umur berapa, yang anak kau makan apa.

"Aku dan laki aku berdua krik krik. Awak bayangkan macam mana. Dah la saya beraya di rumah kawan saya. Kawan saya yang A dengan kawan saya B bercerita pasal anak mereka.

"Awak rasa saya nak duduk situ buat apa? Kalau aku bercerita dengan laki aku je, baik aku balik," katanya dengan nada kesal.

kawan ada anak 2

Degna berkongsi luahan di TikTok.

Mengulas lanjut, kata Deqna, dia nekad untuk tidak mahu mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan yang sudah mempunyai anak bagi mengelakkan hatinya terguris.

"Saya tak kisahlah mereka nak cakap apa kalau tak nak jumpa pun. Tak guna nak jaga hati orang kalau hati sendiri tu sakit.

"Jadi, lebih baik elak daripada saya buat muka yang boleh annoying, lebih baik saya tak jumpa," ujarnya lagi.

Tak guna nak jaga hati orang kalau hati sendiri tu sakit.

DEQNA

Menerusi perkongsian selama satu minit 30 saat itu, Deqna turut memaklumkan dia pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Deqna bagaimanapun menarik diri ketika masih dalam rawatan di atas alasan tertentu dan tidak memungkinkan dia hamil secara semula jadi.

"Saya tidak mahu lagi mendapatkan rawatan secara tradisional mahupun moden, saya hanya mahu gembira dengan kehidupan saya dan memberi semangat kepada TTC dan pasangan yang tidak dikurniakan zuriat dalam perkahwinan," kata Deqna dalam keterangan di akhir video.

kawan ada anak 3

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berhubung pandangannya - ada yang menyokong dan pada masa sama tidak bersetuju dengan sikapnya itu.

"Jangan kehilangan persahabatan tu kerana dia ada sesuatu yang lebih daripada kita. Ingat, ini semua kuasa Allah. Kita reda dan syukur apa yang ada.

"Saya suka jumpa kawan-kawan yang ada anak sebab mereka (anak-anak) akan bermanja dengan saya. Malah, semua cerita pasal anak mereka tu pengalaman untuk kita juga, insyaAllah.

"Saya pun begitu, saya cuba elak berjumpa kawan-kawan yang tengah hamil atau ada anak. Sedikit-sebanyak mesti dalam hati kita tertanya-tanya, bila aku nak ada anak?

"Saya faham perasaan you sis sebab saya pun banyak elak jumpa kawan-kawan lama. Bukan apa, kadang-kadang terasa left out apabila masing-masing cerita pasal anak. Jadi, perkara terbaik untuk buat adalah elak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain