suria

Syukur! Dua mak nyah insaf dapat peluang tunai umrah, segak berihram... Seorang dah kahwin anak 2, jadi tauke nasi lemak

Dua bekas mak nyah ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. -foto FB Kulliyyah of Medicine, IIUM

DULUNYA berpakaian dan berpenampilan seperti wanita, kini diberi kesempatan berihram di hadapan Kaabah.

Dua bekas mak nyah diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Foto kedua-dua mereka berpakaian ihram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi tular di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, kedua-dua bekas mak nyah itu berangkat ke Tanah Suci pada pagi Isnin, atas tajaan Jabatan Psikiatri, Kuliah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan dan Persatuan Insaf Pahang.

"Alhamdulillah, dua bekas transgender pergi umrah pagi Isnin dengan tajaan Jabatan Psikiatri, Kulliyyah Perubatan, UIAM Kuantan dan Persatuan Insaf Pahang. Mereka pergi melalui Agensi Umrah PDC," menurut Ketua Projek Gender Dysphoria, Kuliah Perubatan UIAM Kuantan, Profesor Dr Samsul Draman.

bekas mak nyah umrah 4

Antara yang memberi sokongan kepada kedua-dua jemaah ini di KLIA.

Ibarat 'tutup buku lama, buka buku baharu', kehidupan kedua-dua bekas mak nyah berkenaan juga sudah berubah dan kini menjalani kehidupan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara dan wajah macam perempuan tapi berihram depan Kaabah... Ramai keliru identiti individu ini, imej Kpop nampak feminin

ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal la! Pengkid selamba tunai umrah pakai ihram, siap buat video latar belakang Kaabah... ramai marah sampai harap kena panah petir

Menurut Dr Samsul, salah seorang daripada mereka sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata.

Tambah beliau, kedua-dua mereka juga kini mengusahakan bisnes makanan.

"Seorang sudah berkahwin dengan dua anak sejak 2016 dan menjual nasi lemak di Kuantan. Yang seorang lagi berniaga roti canai," katanya.

Semoga Allah SWT mengurniakan umrah mabrur dan membantu mereka menjadi ikon buat rakan-rakan.

PROFESOR DR SAMSUL DRAMAN

Dalam pada itu, Dr Samsul turut berharap agar keberangkatan bekas mak nyah ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang lain.

"Kami doakan perjalanan mereka selamat. Semoga Allah SWT mengurniakan umrah mabrur dan membantu mereka menjadi ikon buat rakan-rakan," katanya.

Dr Samsul juga merupakan profesor dan perunding pakar perubatan keluarga sering mengulas isu-isu berkaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

bekas mak nyah umrah 3

Seorang bekas mak nyah yang selesai mengerjakan umrah, pada Disember 2022 menjadi perhatian di media sosial.

Sementara itu, ruangan komen di Facebook Kulliyyah of Medicine, IIUM, dihujani dengan doa dan kata-kata semangat.

"Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat.

"MasyaAllah, moga kekal istiqamah buat kedua-duanya," kata netizen.

Disember lalu, seorang lagi bekas mak nyah selesai mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Jemaah itu menjadi perhatian di media sosial gara-gara wajah dan suaranya persis wanita yang berpakaian ihram.

Di hadapan Kaabah, aktivis dan jurulatih senaman itu meluahkan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain