SAMBUTAN Tahun Baharu Cina adalah momen tahunan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Tionghua di Malaysia. Tarian naga, makan besar bersama keluarga dan permainan bunga api memecah keheningan malam menjadi acara wajib setiap kali sambutan perayaan ini. Namun begitu, melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita berasa sedikit janggal apabila melihat kebanyakan restoran Melayu di sekitar tempatnya turut menutup perniagaan. Ciapan di laman Twitter membincangkan topik perayaan. Melihat situasi itu, timbul persoalan di media sosial adakah ini sebenarnya perayaan Tahun Baharu Cina atau Aidilfitri? Ketika sambutan Aidilfitri misalnya, sudah menjadi kebiasaan apabila kita melihat deretan lot kedai di serata tempat ditutup sehingga semuanya sepi. Beberapa netizen mengadu mereka berdepan situasi yang sama apabila kedai di kawasan sekitar banyak ditutup sehingga ada yang terpaksa memasak sendiri di rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak dapat menahan diri, kagum tahu Yee Sang berasal dari Malaysia! Tiba-tiba nama Anthony Loke pun terkait sama ARTIKEL BERKAITAN: Muka suami doktor ini macam Melayu, meriah rumah sebab boleh cakap 6 bahasa... sambut Tahun Baru Cina macam ‘Keluarga Malaysia’ "Nak cari makan pun susah dekat kampus ni semua kedai tutup. "Aku nak beli kuih dan nasi lemak untuk sarapan tapi asal tiba-tiba kedai tutup pula, terpaksa la aku masak sendiri. "Kelaparan ya aku kedai semua tutup ni, nak masak macam malas pula," kata sebahagian warga maya. Orang Cina yang raya tapi makcik aku yang buat open house. Tak faham aku tapi aku setuju, sebab dapat makan free. NETIZEN Ada juga netizen mengatakan cuti umum Tahun Baharu Cina yang jatuh pada hari Ahad sehingga bersambung ke Isnin dan Selasa menyebabkan orang ramai mengambil peluang ini untuk berkumpul bersama keluarga. Lebih mencuit hati, rata-rata netizen berkongsi bagaimana 'sambutan' mereka lebih meriah dari masyarakat Cina yang sedang meraikan 'raya' mereka. Netizen berkongsi 'perayaan' mereka ketika sambutan Tahun Baharu Cina. "Kita orang Melayu semua perayaan mesti sambut punya. Asal ada cuti panjang je memang berpusu-pusu la balik kampung. Jalan sesak bukan sebab orang Cina tapi orang Melayu kita juga. "Aku dah balik kampung ni siap ada rendang dengan ketupat mak aku masak. Langsir pun semua dah pasang baharu. Confuse kejap siapa yang tengah raya sebenarnya ni. "Rumah kampung aku sempat bakar lemang lagi ni siap ada balang kuih raya tersusun atas meja. Kita memang pantang kalau dengar ada raya ni, tak kisah siapa punya raya pun. "Orang Cina yang raya tapi makcik aku yang buat open house. Tak faham aku tapi aku setuju, sebab dapat makan free," demikian antara komen warga maya. Seorang netizen memberitahu kerana rumahnya terletak di Pantai Timur, keluarganya menyediakan nasi ambeng untuk 'perayaan' mereka sekeluarga. Juadah ketupat palas dan rendang yang disediakan oleh keluarga seorang netizen. "Rumah aku pula ada kenduri nasi ambeng untuk kami satu keluarga, pakat ramai-ramai makan," katanya. Manakala lebih menakjubkan apabila seorang netizen memberitahu ibunya menyewa rumah inap untuk keluarga besarnya berkumpul. "Ingat orang Cina je ke ada makan besar? Mak aku sewa homestay untuk satu keluarga berkumpul dan buat jamuan ramai-ramai," ujarnya. Dari sisi positif, warga maya berpendapat perkara ini menunjukkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan persengketaan perkauman yang diapi-apikan hanya tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. "Bukti yang kita boleh hidup secara harmoni dan masyarakat Malaysia ni majmuk. "Yang gaduh selama ni sebab ada segelintir yang berniat jahat jadi batu api main isu perkauman. Kalau tak ada mereka ni aman dan harmoni kaum dekat Malaysia ni," kata netizen itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube