PENANGAN viral, sebuah restoran terus menjadi tumpuan orang ramai untuk menjamu selera. Lebih-lebih lagi ada TikToker yang membuat review makanan di restoran berkenaan. Namun malang bagi seorang pelanggan apabila hidangan yang dipesan hanya indah khabar dari rupa. Pelanggan mendapatkan pengesahan daripada pekerja restoran. "Guys, ini ke tempat makan viral yang korang dok puji-puji sedap tu? Ini berbaloi ke dengan kangkung RM22? "Kalau harga RM7 aku boleh terima, RM7 pun aku dah berat, ni RM22. Mana TikToker yang review? Harga dia agak-agaklah. "Aku datang lapar, aku nak kangkung yang banyak. Kangkung RM22 tu expectation tu macam mana? Geram ye, aku geram," katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Tanpa mendedahkan nama dan lokasi restoran, gadis berkenaan tetap memuji hidangan makanan laut yang turut dipesannya, untuk dimakan bersama seorang rakan. "Okay, kuah dia kaw. Yang ini aku terima, yang ini aku tak nafikan memang sedap," katanya. Pelanggan memuji makanan laut yang turut dipesannya. Mengenai hidangan sepinggan kangkung tersebut, dia turut mendapatkan kepastian daripada pekerja restoran yang mengesahkan harganya memang RM22. ARTIKEL BERKAITAN: Tengok bil, pelanggan terbantut nak makan tengah hari! Benarlah cakap-cakap 'ambil sotong kena pancung' ARTIKEL BERKAITAN: Murah jangan sampai jijik! Harga RM1 je, pelanggan tetap rasa teraniaya beli nasi lemak tahi ikan bilis... lebih rela dapat sambal kosong Gadis berkenaan kemudian memanggil pekerja restoran bagi mendapatkan penjelasan, dan mencadangkan agar kangkung diletakkan lebih banyak bersesuaian dengan harga yang ditetapkan. Namun, menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, difahamkan pekerja berkenaan memaklumkan insiden berlaku disebabkan mereka kehabisan stok kangkung sambil memohon maaf. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan harga kangkung yang mahal, tidak setimpal dengan 'portion' yang dihidangkan kepada pelanggan. Masalah bukannya harga, tapi masalahnya adalah portion makanan. PELANGGAN "Kangkung tu dari langit ketujuh ke sis? "Mak aih... ini kangkung premium kualiti tanam tumbuh setahun sekali kot. "Pakej bawa balik pinggan terus. "Tu bukan kangkung kak, tapi tu kangkang," ujar netizen secara berseloroh. Susulan perkongsian video yang menjadi tular, gadis berkenaan tampil menjelaskan mengenai perasaan tidak puas hatinya terhadap hidangan kangkung berharga RM22 itu. Antara komen netizen. "Masalah bukannya harga, tapi masalahnya adalah portion makanan. Kalau harga, kita dah tahu daripada awal, kita dah tahu harga kangkung RM22. "Walaupun harga RM22, saya masih nak order. Sebab apa, aku expect kangkungnya banyak. Aku tengah lapar ni, aku tak kisah pun harga... aku nak makan," ujarnya lagi. Bagaimanapun kata pelanggan berkenaan, pekerja restoran yang merupakan warga Myanmar akhirnya menawarkan hidangan sayur lain sebagai ganti. Menurut gadis itu lagi, dia dan rakannya juga tidak perlu membayar harga kangkung tersebut sebaliknya hanya dicaj untuk sajian sayur lain. "Apa pun aku tak burukkan kedai. Aku tak cakap staf dia teruk. Aku tak cakap makanan dia tak sedap. Makanan dia sedap, seafood dia sedap. Cuma portion dia kena betulkan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube