BANDAR tidak pernah tidur (city that never sleeps), begitulah gelaran yang diberikan kepada bandar raya New York di Amerika Syarikat (AS). Namun seorang warga asing yang bekerja di Malaysia tidak menyangka Kuala Lumpur juga 'hidup' selepas tengah malam. Lebih menghairankan baginya, dia dapat mendengar bunyi wisel yang sering dibunyikan ketika berlangsungnya aktiviti sukan, pada pukul 1.30 pagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya terdengar bunyi wisel dan sekarang pukul 1.30 pagi. Saya baru sedar masih ada orang yang bermain bola sepak. "Kuala Lumpur... mungkin waktu pagi suhu mencecah 90 Fahrenheit (32 darjah Celsius), sebab itulah mereka selalu bermain selewat ini kerana lebih sejuk," kata Anna Sullivan. Anak-anak muda sedang bermain bola sepak. Anna berkongsi klip video pemandangan, dipercayai dirakam dari sebuah kondominium yang menunjukkan sekumpulan pemuda bermain bola sepak di padang. ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih ini pandai 'beli' hati rakyat Malaysia, siap puji KL lebih moden daripada NYC! Tak menyesal naik kapal terbang lebih 30 jam ARTIKEL BERKAITAN: Pejabat kami sangat sejuk! Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan rakyat Malaysia melakukan aktiviti selepas tengah malam merupakan perkara biasa. Keadaan padang gelap gelita pada pukul 3 pagi. Malah, antara mereka turut memaklumkan rakyat Malaysia keluar sehingga awal pagi hanya untuk menikmati makanan, apatah lagi banyak restoran beroperasi 24 jam. "Percayalah, ia adalah normal di Malaysia. Anda seharusnya pergi dan lihat di gelanggang futsal. "Kami suka makan nasi lemak lewat malam. Anda patut cari sekarang. Percayalah, ia adalah normal di Malaysia. NETIZEN "Kemudian anda sedar rakyat Malaysia masih makan nasi atau mi segera pukul 3 pagi. "Selepas bermain bola sepak, mereka akan lepak di kedai mamak (dibuka 24 jam)," katanya. Antara komen netizen. Pada masa sama, seorang netizen menggelarkan Kuala Lumpur sebagai 'bandar tidak pernah tidur' sebagaimana yang dilabelkan pada NYC. Dalam video berasingan, Anna membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa rakaman yang dibuat pukul 3 pagi menunjukkan kawasan padang gelap gelita. Menurut Anna, dia berjaga sehingga awal pagi kerana perlu bekerja pada waktu itu. "Sekarang pukul 3 pagi dan tiada lagi orang bermain bola sepak, padang sudah tutup. Saya fikir ini mungkin masa tidur mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube