suria

Tengok bil, pelanggan terbantut nak makan tengah hari! Benarlah cakap-cakap ‘ambil sotong kena pancung’

Harga nasi campur lauk sotong ini seperti tidak masuk akal.

RESTORAN nasi campur kerap menjadi pilihan untuk makan tengah hari bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Sistem pengiraan harga di gerai sebegini biasanya dibuat oleh pelayan atau pemilik restoran selepas melihat lauk pauk yang diambil pelanggan.

Namun begitu, kaedah pengiraan bil tanpa harga tetap boleh membuka ruang untuk pengusaha restoran mengeksploitasi pelanggan dengan mengenakan caj 'cekik darah'.

Ciapan asal di laman Twitter.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang individu bercerita tentang selera makan tengah harinya hampir terbantut apabila mendapat tahu harga nasi campur yang diambil oleh dia dan seorang rakan masing-masing RM37 dan RM28.

Harga nasi campur mereka dikatakan mencanak naik kerana mengambil lauk sotong.

"Terkejut makan tengah hari kena bayar RM28 dan RM37, ini tak termasuk air ya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto troli penuh, pelanggan banding harga barang dua pasaraya... Tiba-tiba bos Mydin balas komen, siap minta ‘PM tepi’ resit pembelian

ARTIKEL BERAKITAN: Talam keladi RM10 mahal? Peniaga akur hadap KPDNHEP, ada pelanggan tak fikir kos... mengadu kuih jualannya ‘cekik darah’

"Kami ambil sotong, katanya kena caj RM2 seketul walaupun sotong kecil-kecil sangat," luahnya di Twitter.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, dapat dilihat terdapat beberapa ekor sotong bersaiz kecil yang diambil pelanggan itu berserta setangkai petai yang telah dipotong kecil dan ikan kering.

Lebih memeranjatkan apabila pengadu menyatakan jumlah keseluruhan untuk makanan tengah hari dia dan rakannya yang bersederhana di restoran tersebut ialah RM71.50.

Sepatutnya peniaga letak tag harga bagi setiap hidangan, beritahu kiraan dia ikut senduk, seketul atau sepinggan.

NETIZEN

Restoran tersebut didakwa terletak di sekitar Desa Pandan, Kuala Lumpur tetapi tidak dinyatakan nama kedai secara khusus.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, seorang warga maya dipercayai arif dengan selok belok kawasan tersebut memberitahu deretan kedai di situ sememangnya sinonim dengan harga yang mahal.

"Gerai dekat situ memang best sebab ada banyak pilihan makanan dan semuanya sebaris. Kalau waktu lunch memang rambang mata.

"Lagi satu gerai nasi campur situ memang lauk pauk banyak tapi jangan terkejut dengan harganya, saya sendiri pun pernah kena caj dekat RM20.

"Memang mahal dan ramai orang complaint tapi tetap dapat sambutan sebab lauk pauk dia sedap, cuma kalau ambil sotong juga memang sah-sah kena 'pancung' la," ujar individu itu.

Harga dua pinggan nasi campur ini RM71.50

Warga maya lain juga mengakui harga makanan di sekitar Lembah Klang dirasakan seperti di luar kawalan pada masa ini dan sempat berkongsikan pengalaman mereka sendiri.

"Nasi bujang RM7, saksikanlah.

"Nasi dan ikan goreng letak sambal, RM9, memang tak pergi dah kedai ni lepas ni.

"Nasi putih dengan daging kunyit tujuh ketul, RM8.50. Saksikanlah!

"Nasi putih dan ayam goreng dua ketul sebesar burung puyuh, harga RM17. Terkejut kejap sambil check duit dalam dompet. Sangat tidak mesra student," kata beberapa netizen meluahkan perasaan.

Warga maya berkongsi gambar makanan mereka yang turut dirasakan berharga 'cekik darah'.

Seterusnya, seorang warga maya juga menasihati pelanggan agar memastikan harga dengan kuantiti makanan yang diterma itu adalah berbaloi.

"Ada singgah satu kedai makan di Terengganu, lauk sotong dia nampak menarik, tapi sekali nak ambil nampak tag harga RM8, saiz macam 'onion' ring' je. Terus tak jadi, aku ambil benda lain.

"Aku ambil sotong goreng tepung sebab aku rasa berbaloi bayar harga RM8 dapat 100 gram sotong goreng tepung.

"Sepatutnya peniaga letak tag harga bagi setiap hidangan, beritahu kiraan dia ikut senduk, seketul atau sepinggan.

"Senang orang nak bajet harga makan dan memudahkan pelanggan. Janganlah scam orang, kesian," kata netizen tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain