SURATAN atau kebetulan? Bait ini bersesuaian dengan kisah cinta pasangan ini yang selamat bernikah pada 22 Januari lalu. Menurut Afidatul Aqma Mohamad Sabre, 26, lelaki yang dinikahi merupakan jejaka diminati dalam diam (crush) sejak mereka sama-sama belajar di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM), Kuantan, Pahang. Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Fyda menceritakan semula bagaimana dia dan suami, Mohammad Zaeim Mohammad Noordin yang sebaya umur dengannya mula berkenalan, lima tahun lalu. Ciapan asal yang tular pada 2017. “Saya kenal suami semasa kami berada di semester tiga di kolej. Mula-mula tu saya cuma pandang dia dari jauh saja. Saya ada simpan perasaan, crush dekat dia. “Lama-lama saya mulakan langkah dengan follow akaun Instagram dia. Dari situlah bibit perkenalan bermula... saya balas IG Story dia bertanya tentang keadaan neneknya masa tu tengah sakit. “Perbualan kami jadi berpanjangan sampailah dia beritahu yang dia suka saya dari zaman orientasi kolej lagi. Kami pun mula berkenalan dan bercinta,” ujar Fyda. Namun, menurut Fyda, dia tidak menyangka bahawa Zaeim dalam diam menyimpan ‘harta’ miliknya sebelum mereka mengenali antara satu sama lain. Kisah ini terbongkar ketika mereka sedang asyik bertukar cerita, yang mana wanita ini terkejut apabila mendapat tahu barangnya yang hilang sejak semester satu rupa-rupanya disimpan oleh Zaeim. ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati... Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami ARTIKEL BERKAITAN: Harap mak ayah carikan jodoh, ‘dihulurnya’ lelaki tua... Tak sangka tengok harta! - “Katanya pakcik tu baik, duit berkepuk” “Waktu mula-mula bercinta tu saya dan suami kerap bertukar cerita. Sampailah saya buka cerita fasal saya pernah ternampak kawan dia nama Ijat ambil botol air saya yang tertinggal di kelas. “Lepas tu dia tanya botol air warna pink ke? Sebab saya dapat dari Adi (kawan Zaeim), Adi pula dapat dari Ijat. Saya pun terkejutlah dan minta dia hantar gambar botol air tersebut. Rupa-rupanya memang botol air tu saya punya. “Memang kelakar dan tak sangka yang botol tu boleh dapat dekat dia sebab saya ingatkan dah tak ‘wujud’. Sebenarnya botol tu harta kesayangan sebab hadiah daripada kakak untuk masuk kolej. Pakai dalam satu semester saja lepas tu hilang!” ujar Fyda. Bercerita lanjut mengenai botol air itu, Fyda berkata, Ijat kemudian memberikannya kepada seorang lagi rakan, Adi, yang selepas itu meninggalkan botol pink itu di bilik Zaeim. Fyda dan Zaeim disatukan pada 22 Januari lalu. Menurut Fyda, Zaeim tidak tahu bahawa botol yang dibiarkan berhabuk di bawah katil itu adalah miliknya dan dia juga ada membuat hantaran mengenai kisah ini di Twitter pada 2017. Rata-rata netizen turut tumpang gembira apabila mengetahui 'insiden botol air' mampu membawa dua insan ini ke jenjang pelamin. Sekarang ni botol tu ada pada suami. Saya suruh dia simpan memandangkan botol tu dah lama sangat dengan dia. AFIDATUL AQMA “Ramai yang ingat kami bercinta selepas kes jumpa botol tu tapi sebenarnya dah berkenalan dulu sebelum tu. Suami dapat tahu fasal botol tu lepas tiga bulan kami bercinta. “Menurut suami, dia guna sekejap sahaja lepas tu dia simpan bawah katil sebab tu berhabuk teruk. Botol tu dah ada dengan dia sejak semester satu tahun 2016 lagi. Zaeim tidak menyangka bahawa botol tersebut milik Fyda. “Sekarang ni botol tu ada pada suami. Saya suruh dia simpan memandangkan botol tu dah lama sangat dengan dia,” menurut Fyda. Untuk rekod, ciapan dibuat Fyda meraih lebih 7,800 tanda suka di Twitter setelah memuat naik gambar dirinya bersama suami di pelamin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube