suria

“Brek sikit, confirm melekat di cermin” - Santai habis 4 beranak naik kereta ubah suai, ‘seatbelt’ tak ada! Jangan kesal kemudian hari

Keadaan dalam kereta yang diubah suai.

DEMI mengikut trend, sesetengah pihak sanggup menggadai nyawa dengan mengubah suai kereta untuk kegunaan keluarga.

Memanglah seronok kenderaan kegunaan harian untuk bekerja dan berniaga misalnya dijadikan ruang istirahat bersama isteri dan anak-anak.

Namun, aspek keselamatan dan risiko bahaya jangan pula dipandang ringan.

Satu video yang dikongsi di laman Twitter menunjukkan sebuah kenderaan diubah suai, yang mana tiada lagi tempat duduk penumpang hadapan dan kerusi di belakang.

Yang ada hanyalah platform seperti lantai yang dilapik dengan cadar atau karpet, membolehkan penumpang bebas untuk duduk bersila atau baring secara santai seperti di rumah.

Malah, video berdurasi 30 minit itu turut memaparkan di bahagian belakang kenderaan itu dipasang TV dan rak kecil, dan kelihatan dua kanak-kanak sedang baring menonton program.

ubah suai kereta 5

Kanak-kanak baringdi bahagian belakang ketika kenderaan sedang bergerak.

Si isteri pula bersila di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, dengan sebelah tangan berpaut pada pemegang pintu.

ARTIKEL BERKAITAN: Babi punya hal, kancil jadi ‘handsome’... Pemuda Temerloh berhabis RM20,000 ubah suai kereta - “Kami susah senang bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: Senang bawa abah jalan-jalan, usaha anak ubah suai kereta mesra OKU bikin ramai menangis... Terbaik anak soleh!

Hanya pemandu sahaja yang berada dalam posisi sebenar di dalam kereta, dilengkapi tempat duduk yang sempurna dan tali pinggang keledar.

Bagaimanapun, seorang pemuda mempersoalkan aspek keselamatan dan risiko bagi pemilik kenderaan seisi keluarga.

ubah suai kereta 2

Hanya pemandu yang dilengkapi dengan tempat duduk sempurna dan tali pinggang keledar.

"Nampak cantik, selesa kan? Tapi kebarangkalian untuk mati pun naik mendadak kalau kemalangan.

"Jangan buat macam ni. Sayangi ahli keluarga anda," tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.

Rata-rata netizen turut bersetuju mengenai modifikasi kenderaan tersebut yang mengundang bahaya terutama ketika bergerak di jalan raya.

Malah, segelintirnya menyifatkan si pemandu hanya mementingkan diri sendiri, tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.

"Dia lupa kelajuan kenderaan dengan momentum kot.

Bahaya setiap orang tak ada seatbelt. Nauzubillah kalau jadi apa-apa, berkecamuk tu.

NETIZEN

"Ni brek sikit je, confirm melekat kat cermin depan semua tu. Bahaya.

"Windscreen (cermin depan) pun dah retak.

"Eloklah tu, yang suami pakai seatbelt, lain-lain tak pakai. Bila kemalangan jadi apa-apa yang nak meraung dia juga nanti. Nauzubillah, jadilah ketua keluarga yang bijak.

ubah suai kereta 6

Aspek keselamatan terhadap keluarga ini menjadi kebimbangan.

"Setuju. Begitu juga dengan orang yang naik kereta tapi pemandu dan penumpang sebelah je pakai seatbelt, yang belakang semua tak pakai.

"Keselamatan diketepikan, tak selesa pun dia ubah suai macam tu terutama bahagian penumpang. Kena bersila je, turun kereta terus cramp kaki tak boleh melunjur.

"Bahaya setiap orang tak ada seatbelt. Nauzubillah kalau jadi apa-apa, berkecamuk tu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain