HASRAT seorang wanita untuk menikmati nasi kerabu terbantut gara-gara 'lauk' tambahan dalam hidangannya. Disangka tergigit tulang, rupa-rupanya dawai kokot (ubat stapler)! Mujur pelanggan itu segera menyedarinya, jika tidak mungkin mulutnya berdarah termakan benda asing itu. Penemuan tergempar itu dikongsi oleh wanita berkenaan di laman Facebook ketika sedang menikmati nasi kerabu yang dibelinya. Dawai kokot ditemui ketika pelanggan menjamu selera. Menurut wanita itu, dia membelinya menerusi servis penghantaran makanan dari sebuah restoran yang tidak dinyatakan nama dan lokasinya. "Jumpa ni masa tengah makan tadi, tengah mengunyah ingat kot tulang ke apa rupanya (dawai kokot). Terus report ke GrabFood fan GrabFood terus telefon. "Ingat satu je, tapi dok cari-cari lagi dalam nasi jumlah 10 dawai kokot (stapler) yang dikenal pasti," katanya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan tersebut dan semestinya bukan ‘zat besi’ itu yang sepatutnya berada dalam makanan pelanggan. Perkongsian seorang pelanggan di laman sosial. Dawai kokot, jika termakan boleh mengundang bahaya dan menyebabkan kecederaan yang serius. ARTIKEL BERKAITAN: Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot! Pelanggan kecewa peniaga buat tak acuh, minta maaf pun tidak ARTIKEL BERKAITAN: Tengah asyik kunyah tiba-tiba rasa ngilu dalam mulut... Rupanya wanita ini makan nugget ayam inti dawai besi "Cuba resipi baharu tu kot, nasi kerabu dawai kokot. "Ni nak bagi makan ke nak bunuh orang ni? Agak-agaklah, memang tak kalau macam ni. Ni nak bagi makan ke nak bunuh orang ni? NETIZEN "Banyaknya, gilalah. Kalaulah tersangkut kat anak tekak, tak ke naya. "Fuh sekali dia bagi 10 'zat besi', kaalu telan ni mahu mati. "Biar betul, ni kalau dapat dekat orang yang makan gelojoh mahu tercekik dulu baru perasan," demikian antara komen netizen. Antara komen netizen. Pada masa sama, mereka turut mengkritik peniaga yang mungkin tidak tahu asas ketika proses penyediaan dan pembungkusan makanan. "Patutnya tak boleh guna dawai kokot ni. Kalau pergi kursus pengendalian makanan mesti tahu. "Ni masalah kalau nak ambil kursus pengendalian makanan. KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) je makan dia (ambil tindakan). "Seeloknya report, bukan tujuan aau niat nak tutup periuk nasi peniaga. Cuma beri pengajaran supaya lebih berhati-hati, bertimbang rasa dan jadi pengajaran kepada peniaga tersebut dan peniaga-peniaga lain," katanya. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Peraturan 37(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan seseorang tidak boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan itu. "Peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube