HIDUP berjiran sudah pasti menuntut kita untuk menjaga adab sesama tetangga termasuklah bertolak ansur untuk menjaga ketenteraman dan keharmonian antara satu sama lain. Namun begitu, ada juga segelintir individu yang suka mementingkan diri sendiri sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang lain. Lazimnya kita dipaparkan dengan perkongsian mengenai aksi 'cop' kawasan parkir di tepi jalan atau di hadapan rumah, namun perkongsian terbaharu yang tular di media sosial ketika ini membuatkan rata-rata netizen geleng kepala. Mana tidaknya, bukan tepi jalan atau hadapan rumah jiran yang dijadikan kawasan parkir, tetapi sebuah van dilihat selamba diparkir di tengah-tengah jalan di sebuah taman perumahan! Apa yang lebih teruk, pemiliknya siap meletakkan bangsal berbumbung untuk 'melindungi' van tersebut seperti garaj. Tidak cukup dengan itu, pemiliknya turut menggunakan jaring hitam untuk menutupi keliling bangsal selain meletakkan penghadang jalan dan kon berhampiran kawasan tersebut. Pihak MPK sudah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis pengalihan kepada pemilik van. "Penemuan yang agak luar biasa. Port bangsal betul-betul tengah jalan untuk dijadikan parking kereta. "Mungkin dia rasa jalan tu luas sangat, rugi kalau tidak dimanfaatkan," demikian kapsyen yang ditulis pada hantaran yang dimuat naik di Facebook Careta. ARTIKEL BERKAITAN: Cop parking lagi! Bengang pemandu Viva plat ‘D’ buat hal di mall, netizen ‘pukul rata’ marah orang Kelantan ARTIKEL BERKAITAN: Seram! 'Suspek' warga emas cop parking guna batu nisan, “Kali pertama tengok terkejut, lepas tu rasa marah pun ada” Beberapa keping gambar menunjukkan keadaan van tersebut yang diparkir di tengah jalan, turut dimuat naik bersama hantaran berkenaan. Dipercayai ia berlaku di sebuah kawasan perumahan di Kuantan, Pahang. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 300 shares di Facebook. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam pemilik van berkenaan kerana bersikap mementingkan diri dan langsung tidak memikirkan jiran yang turut menggunakan laluan sama. Inilah abang kawasan mahaguru sebenarnya... setakat cop parking flat apalah sangat, ini legend! NETIZEN "Biasa kita dengar cop parking, ini cop jalan. "Inilah abang kawasan mahaguru sebenarnya. Setakat cop parking flat apalah sangat... ini legend! "Betul-betul king of 'B40 Buat Perangai Apa Hari Ini' "Luar biasa sangat ni... fikiran luar sangat daripada kotak," demikian antara komen netizen. Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, difahamkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengeluarkan notis pengalihan terhadap pemilik van berkenaan kerana meletakkan kenderaan itu di tengah jalan. Rata-rata netizen mengecam sikap mementingkan diri pemilik van berkenaan. Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, tindakan itu dilakukan kerana kenderaan terbabit menghalang lalu-lintas di kawasan taman itu. Berdasarkan kepada notis terbabit, pemilik diarah untuk mengalihkan kenderaan itu dalam tempoh seminggu. Sekiranya gagal berbuat demikian, van terbabit bersama bangsal akan disita mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Beliau berkata, penguatkuasaan itu berdasarkan aduan awam yang diterima. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube