suria

Kawan perempuan selalu tertidur di rumah, suami minta isteri biarkan! Kesian nak suruh balik sebab ‘dia lonely sedih’

Isteri ini kecewa kerana suami membenarkan rakan perempuan tidur di rumah mereka. -Gambar hiasan

KEBAHAGIAAN rumah tangga bergantung kepada dinamik suami isteri yang saling memahami.

Selain itu, sifat toleransi semestinya diperlukan kerana sebagai manusia biasa, suami isteri juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, melalui satu luahan tanpa nama di laman Twitter, seorang wanita menceritakan bagaimana rumah tangganya sedang bergolak gara-gara kehadiran 'orang luar' yang kerap menumpang di kediamannya.

Ciapan asal di laman Twitter.

Lebih merumitkan keadaan apabila 'orang luar' tersebut adalah rakan wanita kepada suaminya yang dijemput untuk bertandang ke rumah mereka sebagai tetamu dan kemudian tertidur sehingga keesokan hari.

Meskipun suaminya memberikan justifikasi atas tindakannya, namun sebagai seorang isteri, dia tidak dapat menafikan yang hatinya terguris dan berasa dirinya seperti diduakan.

"Aku ada masalah sikit dengan suami. Setiap kali kawan perempuan dia datang dia selalu tertidur dekat rumah kitaorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga hancur kerana ‘penyondol’, wanita ini ‘move on’ cari cinta sejati... Tak perlu jauh-jauh, BFF suami ada depan mata

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri degil tak jaga makan, setahun suami tak ‘sentuh’ kerana gemuk! Wanita tersentak lepas tahu pasangan layan ‘porn’

"Bila aku cakap dekat suami yang dia kena suruh perempuan tu balik, suami aku tak nak dan tuduh aku jealous teruk.

"Masalahnya benda ni dah jadi lebih lima kali dan aku dah tak tahan," tulis wanita itu dalam luahannya.

Setelah diasak oleh isterinya untuk memberikan penjelasan, si suami akhirnya memberitahu perkara sebenar di sebalik tindakannya itu.

Petanda awal rumah tangga akak ni nak kena sondol.

NETIZEN

"Suami cakap yang kawan perempuan dia tu lonely sedih sampai nak mati," jelas suaminya.

Buntu dengan kemelut yang menghimpit rumah tangganya, wanita itu beralih ke media sosial untuk meminta pandangan warga maya.

"Aku tak tahu nak buat apa, kadang rasa sedih sangat aku ni isteri dia kot.

Isteri ini terkilan dengan tindakan suaminya. -Gambar hiasan

"Boleh tak sesiapa suggest apa yang aku patut buat?" kata wanita itu cuba mencari jalan keluar dari permasalahannya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menggesa wanita itu untuk berkeras dan mempertahankan haknya sebagai seorang isteri.

"Isteri zaman sekarang banyak berlembut, tak macam isteri dulu-dulu petir sabung menyabung.

"Untuk 'peluah', it's okay kalau nak tegas sikit. Orang luar dah ganggu hak privasi dan ketenteraman tuan rumah, tegas la sikit!

"Tak payah tunggu suami tu, dia boleh kahwin empat untuk tutup perbuatan haram dia kelak," nasihat seorang warga maya.

Seterusnya, seorang netizen juga menasihati wanita itu untuk melawan api dengan api.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Kau bawa kawan lelaki tidur dekat rumah kau. Beritahu benda yang sama dekat suami.

"The point is dia boleh buat macam tu, tak kan kau tak boleh kan? Jadi tolong, buat macam tu dan bagi suami faham," cadang seorang netizen.

Warga maya yang lain pula mengingatkan wanita itu bahawa tindakan suaminya adalah haram di sisi agama.

"Hilang dah rasa malu tu bila tidur dekat rumah orang, lagi-lagi orang tu dah berkahwin. Bukan mahram duduk sebumbung.

"Hilang adab, hilang maruah. Tak ada family sangat dah ke sampai nak menagih perhatian orang? Low class.

"Petanda awal rumahtangga akak ni nak kena sondol," demikian komen sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain