suria

Sama-sama janji nak jadi cikgu, wanita tak sangka ex BF kerja kedai runcit! Sempat rakam video ketika terserempak

Perkongsian wanita itu tular di TikTok dan Facebook.

SEORANG wanita berkongsi video memaparkan bekas teman lelakinya yang kini bekerja di sebuah kedai serbaneka.

Dalam video itu, kelihatan lelaki tersebut sedang membuka kotak, dipercayai dalam proses untuk menyusun barang di atas rak jualan.

Video yang dirakam secara sembunyi itu turut disertakan dengan kisah percintaan mereka sehingga ia menerima lebih 1.4 juta tontonan.

Dakwa Mek Siti, mereka berdua pernah berjanji untuk sama-sama bekerja sebagai guru, namun sebaliknya yang berlaku terhadap lelaki itu.

ex1

Tangkap layar video tular itu.

"Terserempak ex tingkatan enam dulu-dulu. Saya ingat lagi masa kita couple dulu, kita berdua pernah berjanji sebelum kahwin kita akan kejar cita-cita nak jadi guru.

"Tapi tak sangka terjumpa awak kerja dekat kedai RM2.40. Tak apalah awak. Saya doakan awak berjaya dunia akhirat.

"Tiba-tiba hati sayu tengok keadaan awak. Tak apalah awak, rezeki Allah tu luas. Saya sendiri pun tengah struggle," ujarnya.

Kita berdua pernah berjanji sebelum kahwin kita akan kejar cita-cita nak jadi guru.

SITI

Lebih sayu, video itu turut disunting dengan lagu OST filem Tentang Bulan yang dimainkan dalam versi seruling sehingga ia tular di laman TikTok dan Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen mendakwa wanita itu seolah-olah merendah-rendahkan kerjaya bekas teman lelakinya sehingga tergamak memuat naik video berkenaan.

"Weh dia bukannya kerja makan rasuah atau merompak harta orang. Kerja halal, InsyaAllah rezeki berkat dan dipermudahkan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering disindir sebab kerja biasa, lagi ‘parah’ jodoh tak panjang... wanita ini tutup mulut orang sekeliling dengan jadi polis - “Saya tak sedih lama-lama”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan sehati sejiwa... Selepas pelawak wanita dicekup, teman lelaki turut direman sehingga Rabu

"Mungkin belum masanya lagi dia dipanggil jadi pendidik. Sementara menunggu dia kerja je dulu apa yang ada supaya poket tak kosong.

"Tak apa, ramai bidadari yang melihat abang ini rajin bekerja," tulis beberapa individu.

Dalam pada itu, ramai netizen turut membanjiri TikTok wanita itu dengan komen-komen sarkastik demi mempertahankan maruah lelaki dalam video tersebut.

"Hari tu dia menang cabutan bertuah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) RM1 juta tapi sangat humble kerja kedai RM2 walau dah kaya.

ex2

Komen 'back up' netizen pada posting video wanita itu.

"Minggu lepas rasanya saya nampak abang ni naik kereta Honda parking depan kedai RM2. Pakai baju ni la.

"Itu tempat kerja lama saya tu. Dia bos saya, baik orangnya.

"Dia manager la sis. Tapi tak cukup staf dia buat kerja staf bawahan. Baik sangat orangnya.

"Sekali dia owner kedai rupanya," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain