TIDAK jauh beza dengan rider penghantar makanan, pekerja syarikat kurier turut berdepan pelbagai cabaran ketika melunaskan tugasan mereka. Selain mengejar masa dan berdepan risiko keselamatan di jalan raya, ragam pelanggan juga kadang-kala boleh membuatkan mereka pening kepala. Baru-baru ini, seorang pekerja kurier dikenali sebagai Hafiz Rani tampil berkongsi luahan hatinya mengenai sikap pelanggan yang sering berpakaian tidak sopan. Pesan pemuda itu, dia berharap pelanggan dapat menghormatinya sebagai lelaki dan tidak sesekali keluar dalam keadaan yang mengaibkan. Pemuda itu berkata, dia mahu berhenti kerja sekiranya kejadian itu terus berlarutan. (Gambar Hiasan) "Aku nak tegur dan bagi nasihat sikit ya. Aku ni bekerja kurier. Kau orang pun tahu kan prosedur operasi standard (SOP) sebelum pass barang, aku kena isi maklumat dan ambil sign pelanggan. "Tolong hormat sikit saya sebagai lelaki ya. Ni tak. Ada yang keluar pakai towel, pakai boxer, tak pakai baju kecil dan yang berkemban pun ada," luahnya di Facebook. Tambah Hafiz lagi, dia juga merancang untuk berhenti kerja sekiranya kejadian itu terus berlaku pada masa akan datang. Tolong hormat sikit saya sebagai lelaki ya... ada yang keluar pakai towel, pakai boxer, tak pakai baju kecil. HAFIZ RANI "Kalau lah situasi ini berterusan, InsyaAllah aku akan berhenti kerja. Mungkin bagi sesetengah perempuan itu biasa. "Tapi bagi aku orang Islam amat luar biasa. Please take note ya. Sama-sama kita. Selamat beramal," tulisnya lagi. Perkongsian yang dibuat menerusi group Facebook B40 Buat Apa Harini itu turut meraih lebih 100 komen netizen yang bersimpati dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Sebak lihat staf kurier termenung dalam hujan, ingatkan putus cinta tapi jawapannya memang mengejutkan - “Gaji dia RM1,000 lebih sahaja” ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam bahasa ‘abang kurier’, wanita dimaki bodoh kerana tak bagi nombor MyKad... Dakwa ada barang tak dituntut Malah, netizen turut menyelar sikap perempuan yang diceritakan Hafiz dan menganggap mereka sebagai manusia yang tidak mempunyai perasaan malu. "Alhamdulillah terbaik bang. Semoga murah segala urusan abang. Tak semua orang yang boleh buat macam abang, sanggup berhenti kerja sabab benda macam tu. "Memang tak tahu malu orang macam ni. Terdedah sana-sini pakai ketat macam saiz baju adik dia. "Perempuan sekarang mahal pada hantaran kahwin sahaja," tulis beberapa netizen. Pekerja kurier berdepan pelbagai cabaran setiap hari. (Gambar hiasan Freepik) Dalam pada itu, beberapa individu turut mencadangkan agar kaum wanita yang beragama Islam agar mengenakan telekung atau jubah jika mahu mengambil tempahan daripada pekerja penghantaran. "Bagi pelanggan perempuan kena standby telekung kalau nak keluar ambil barang. "Aku pun paling senang akan ambil jubah atau telekung dan terus sarung je, itu paling cepat dan mudah kalau tiba-tiba abang kurier sampai depan rumah," kata beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube