suria

“Nak bela ular tapi bodoh” - Lelaki tak hirau kucing atau arnab menangis kena belit, asalkan ular kesayangan kenyang makan sedap!

Seorang pemuda dikecam kerana mencari kucing untuk dijadikan sebagai makanan ular peliharaannya.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Begitulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan sikap segelintir individu di negara ini yang tergamak menjadikan kucing dan arnab sebagai makanan untuk reptilia peliharaan mereka.

Perkara itu terbongkar selepas seorang lelaki selamba bercerita mengenai hal itu secara terbuka menerusi laman Twitter.

Perbualan menjijikkan itu bermula selepas seorang wanita berkongsi foto, memaparkan dia sedang memegang seekor ular peliharaannya.

file7hrcvqrdk6dby1536tc

Netizen berang ada individu mencari kucing untuk dijadikan sebagai makanan ular.

"Ada ke komuniti reptilia di Malaysia yang mana kita boleh duduk bersembang mengenai reptilia? Saya nak jumpa individu yang suka ular seperti saya," tulis wanita itu di kapsyen.

Pada ruangan balas posting itu, seorang lelaki tampil berkongsi tip bahawa dia sentiasa mencari arnab atau kucing untuk diberikan kepada ular peliharaan.

"Saya dan kawan selalu dapatkan kucing atau rabbit percuma (adoption) untuk ular-ular kami," tulisnya.

Semakan pada akaun Twitter lelaki itu mendapati dia pernah menyuarakan hal sama sekitar bulan Jun tahun lalu.

Dekat group Facebook adopt kucing bersepah kes macam ni. Kejam betul manusia yang sanggup buat macam ni.

NETIZEN

"Hi semua. Ada tahu tak siapa nak lepaskan mana-mana anak kucing atau arnab. Saya nak adopt.

"Helga (ular) saya sedang sunyi. Kesian dia. Area Ipoh. Mohon retweet please," ujar lelaki itu dalam ciapannya di Twitter.

Dalam satu lagi posting berlainan, lelaki itu memuat naik foto seekor ular dan memaklumkan dia telah menemui anak kucing untuk haiwan kesayangannya itu.

"Hi guys. Cuma nak maklumkan saya dah jumpa anak kucing untuk Helga saya. Helga gembira. Terima kasih banyak-banyak buat yang membantu.

ARTIKEL BERKAITAN: Curi kucing peliharaan buat santapan ular sawa, taktik jadi ‘adopter’ paling tiada hati perut! Merayau keliling taman cari si bulus

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian... nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

"Di bawah merupakan gambar Helga saya yang comel," tulisnya pada ciapan itu sambil berkongsi gambar seekor ular berwarna putih kekuningan.

Semakan mStar pada Rabu mendapati lelaki itu telah menetapkan akaun Twitter miliknya dalam tetapan privasi.

Namun, tangkap layar ciapan lamanya telah dikongsi semula oleh netizen di Facebook dan Twitter sehingga dia menjadi topik perbualan ramai.

"Tak guna, orang bagi sebab percaya teman si Helga rupanya temankan dalam perut Helga. Sampai hatinya dia dengar anak kucing atau arnab menangis kena makan kena belit?

ular2

Sebahagian ciapan lelaki itu yang dikongsi semula ke Twitter.

"Dekat group Facebook adopt kucing bersepah kes macam ni. Kejam betul manusia yang sanggup buat macam ni. Kita ni nak lepaskan kucing dengan harapan kucing tu dapat la owner boleh dipercayai tapi last-last ada juga manusia kejam macam ni.

"Nak bela ular tapi bodoh and tak mampu macam ni la dia. Bukannya tak ada makanan ular dijual kat petshop. Frozen mice atau rat ade kot kat kedai binatang exotic. Anak kucing juga yang dia nak. Ada masalah hati dia ni," tulis netizen.

Sebagai peringatan, laman web rasmi Mufti Wilayan Persekutuan memaklumkan hukum memelihara ular adalah haram dan dilarang melaksanakan transaksi jual beli ular.

Hal ini kerana ular termasuk dalam kelompok haiwan pengganggu (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan.

Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain