suria

Tak cukup salahkan peniaga guna cawan plastik, rider juga marahkan jalan ‘cantik’ di Malaysia punca air pelanggan tumpah

Seorang penghantar makanan merungut mengenai cawan yang disediakan oleh peniaga.

NAMPAK mudah, tapi sebenarnya tugas sebagai penghantar makanan banyak cabarannya.

Bukan sahaja perlu menghadap kerenah pelanggan, malah banyak halangan dan dugaan sepanjang perjalanan.

Selain meredah hujan dan panas, mereka juga perlu memastikan makanan dan minuman tidak tumpah ketika penghantaran dibuat.

Seorang penghantar makanan meluahkan tentang perkara itu yang mungkin dianggapnya sebagai satu beban.

Luahan seorang penghantar makanan di laman sosial.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, dia mengeluh mengenai cawan plastik yang digunakan oleh segelintir vendor untuk minuman yang dipesan pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang... Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap siapa 'naik atas' hantar makanan pelanggan sebagai 'bodoh', rider dikecam geng sendiri - "Bila tak ada order melalak"

Dalam perkongsian sama, penghantar makanan itu turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya membawa bungkusan yang mengandungi tiga cawan plastik.

Menurutnya, cawan tersebut sebenarnya tidak sesuai untuk dibawa menaiki motosikal ditambah pula dengan keadaan jalan yang bermasalah.

"Kepada vendor-vendor yang letak air dalam cawan macam ni, kamu tak fikir rider ke? Jalan kat Malaysia ni dah la paling 'cantik' kat alam semesta.

Adjust tempat cawan kat motor. Jangan asyik suruh orang lain berubah. Kita ubah dulu.

NETIZEN

"Kalau pakai plastik kan senang, kami tak risau pasal tumpah ni, nanti sampai rumah pelanggan tinggal setengah, yang lain bergenang dalam beg. Pakai otak la sikit," tulisnya yang mengeluh sambil berbaur sindiran.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa cawan jenis foam adalah lebih selamat dibawa oleh penghantar makanan yang menunggang motosikal.

Penggunaan cawan yang ditutup rapi secara ‘seal’ pula adalah paling selamat.

Penggunaan cawan plastik menjadi pertikaian.

Antara lain, peniaga, penghantar makanan dan pelanggan berpandangan penggunaan bungkusan plastik juga lebih sesuai berbanding cawan plastik.

"Pakai la foam cup holder, insyaAllah selamat.

"Kami pakai plastik, ikat mati je. Yang penting air sampai kepada pelanggan.

"Kami pelanggan prefer plastik dari cawan, melainkan cawan kau macam Tealive, boleh seal. Tak tumpah. Pernah dapat cendol separuh dari cawan," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, terdapat komen yang menyuarakan bahawa bukan semua vendor dapat menyediakan mesin seal cawan kerana kosnya adalah tinggi.

"Mesin seal air tu mahal. Kalau kau nak sponsor vendor bolehlah... ikat je air tu dalam plastik senang, kos rendah," komen seorang netizen.

Pada masa sama, ada yang turut mencadangkan supaya penghantar makanan lebih kreatif memikirkan kaedah yang terbaik untuk membawa minuman kepada pelanggan, daripada hanya merungut.

"Adjust tempat cawan kat motor. Jangan asyik suruh orang lain berubah. Kita ubah dulu.

"Bukan semua benda kita boleh kawal. Akhirnya buat makan hati je sebab banyak merungut," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain