suria

Sanggup ‘tolak’ pencen demi gaji tiga kali ganda, wanita ini tak menyesal berhenti kerja gomen... Selesa jadi bodyguard usahawan lelaki!

Aimey berkata dia kini bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan lelaki.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Begitulah kisahnya mengenai bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan.

Menurut Ameyza Yaacob, 35, dia tidak pernah menyesali keputusan itu biarpun ia mendapat tentangan banyak pihak ketika pertama kali disuarakan beberapa tahun lalu.

"Saya kerja dalam kerajaan selama lima tahun. Saya resign Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2019. Sebabnya, saya dapat better offer daripada syarikat swasta.

Antara komen biadab yang diterima Aimey menerusi TikTok.

"Masa tu saya ambil masa dekat setahun untuk resign. Saya berfikir dalam tempoh setahun. Saya tanya orang lama dekat unit saya, kemudian saya juga berbincang dengan keluarga.

"Awalnya keluarga pun tak bagi saya resign, sebab dah kerja kerajaan tiba-tiba nak kerja swasta. Mereka berat hati. Tapi saya jelaskan sebab saya. Akhirnya mereka bagi green light," imbasnya.

Bercerita lanjut, dia yang senang disapa Aimey mengakui hidupnya kini lebih terjamin, malah bersyukur dapat terus menabur bakti buat keluarganya di Kelantan.

Tambah Aimey, dia percaya dengan takdir Allah dan yakin rezeki itu ada di mana-mana, asalkan ia disusuli dengan usaha serta kerja keras.

Kalau betul saya kena buang, orang tak akan ambil saya kerja sebab rekod dah buruk.

AMEYZA YAACOB

"Mengenai pencen, benda tu saya dah hadap sejak resign sehingga sekarang. Orang tanya, tak sayang ke? Rugi sebab kerja kerajaan ada pencen. Macam saya, saya dah buat keputusan, kenapa nak menyesal?

"Sayang memang sayang. Siapa cakap tak sayang? Sebab dari sekolah rendah saya nak jadi polis. Bila dah dapat kerja polis, saya berhenti pula. Tapi saya fikir tanggungjawab serta komitmen yang perlu ditanggung.

"Saya ada mak ayah yang perlu disara. Bila dapat better offer, gaji tiga kali ganda berbanding gaji lama, why not saya lepaskan benda ini. Rezeki Allah itu luas, bukan dalam sektor kerajaan saja.

"Alhamdulillah. Saya rasa ini keputusan terbaik untuk diri saya dan untuk keluarga sebab saya boleh bagi macam-macam untuk mereka," jelas Aimey yang kini menetap di Kuala Lumpur.

ARTILEL BERKAITAN: Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja - “Memang orang pandang rendah”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri nekad berhenti kerja nurse dan buka bisnes, dah maju sikit terus beli X70 untuk suami nak tebus rasa bersalah sebab percayakan scammer

Dalam pada itu, Aimey yang bercerita mengenai perjalanan kerjayanya menerusi video di TikTok tidak terlepas menerima kritikan, termasuklah yang menuduh dia diberentikan kerja.

"Betina ni kena buang bukan berhenti," tulis seorang netizen di TikTok sehingga Aimey terpanggil untuk memberi penjelasan.

Menurut Aimey, dia tidak kisah dengan tanggapan orang, namun sekali lagi mahu menyangkal tuduhan jahat berkenaan kerana ia tidak benar sama-sekali.

"Yang pasal dituduh kena buang kerja, saya sebenarnya dah pernah jelaskan. Saya sendiri pernah cerita kenapa saya berhenti kerja. Saya tak kisah pun, sebab keluarga dan sesiapa yang kenal saya, mereka tahu saya resign, bukan kena buang.

aimey2

Aimey berhenti kerja sebagai polis pada tahun 2019.

"Kalau mereka pandai, benda tu mereka boleh fikir. Dalam sektor awam, bukan senang-senang nak buang anggota atau pekerja, melainkan kalau kesalahan itu berat. Kalau betul saya kena buang, orang tak akan ambil saya kerja sebab rekod dah buruk," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Aimey mempunyai lebih 426,000 pengikut di TikTok, malah video penjelasan mengenai dia berhenti kerja turut meraih lebih 1.8 juta tontonan di platform itu.

Aimey juga aktif menghasilkan video kecergasan menerusi TikTok dan turut menjalanlan perniagaan bengkung sejak 2019 bersama rakannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain