suria

Bina garaj cantik-cantik atas laluan awam, buat macam harta sendiri! Ikutkan emosi ramai nak pergi gesel - “Jenis macam ni tak boleh duduk taman”

Saiz jalan menjadi sempit gara-gara sikap individu yang mementingkan diri.

DALAM setiap kawasan perumahan, pasti wujud segelintir jiran yang bersikap mementingkan diri dan 'mengikut kepala sendiri'.

Ada yang masih boleh menerima teguran dan bertoleransi, namun ada juga yang keras kepala sehingga membuatkan tetangga lain hilang sabar, sebagaimana kisah yang dikongsi oleh individu ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, individu berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap beberapa jirannya yang membina garaj parkir sesuka hati sehingga 'mengganggu' jalan di lorong perumahan yang dihuninya.

"Dekat mana saya nak report kalau jiran macam ni punya hal. Renovation rumah, lepas tu parking pula sampai tak ingat orang. Kita pula nak lalu kena hati-hati.

"Sepatutnya jenis macam ni tak boleh duduk taman. Kena beli tanah sendiri, buat lot kawasan sendiri," tulisnya pada hantaran berkenaan.

parkir 1

Perkongsian yang dibuat oleh seorang individu di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Individu berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan situasi di lorong perumahannya yang kelihatan sempit gara-gara tindakan jirannya yang menambah binaan dan membuat garaj kereta di bahagian luar hadapan rumah masing-masing.

Kelihatan beberapa buah kereta turut diparkir di sebelah kiri dan kanan jalan, sehingga menyempitkan laluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahulah suka bercucuk tanam, tapi janganlah sampai ‘bolot’ tanah jiran... dah tegur tapi ada saja jawabnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Tapak parkir level ‘abang kawasan’, siap ada bangsal berbumbung tengah jalan! Selepas viral laju PBT datang buat lawatan

Buntu dengan isu berkenaan, dia memuat naik di laman Facebook untuk bertanya pendapat warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi yang pelbagai dengan ada yang mencadangkan individu tersebut membuat laporan kepada pihak yang berwajib.

Gesel je.... bagi faham bahasa sikit.

NETIZEN

"Dekat kawasan rumah aku ni, lorong situ semua pakat buat porch kereta sampai makan jalan. La ni (sekarang ini) pun ada yang tengah nak buat lagi dengan buat bonggol sendiri depan rumah setinggi alam.

"Ini kalau report silap-silap parking depan tu kena roboh sekali ni, kasi report je.

"Gesel je.... bagi faham bahasa sikit.

"Jenis yang pakai banyak kereta tapi parking luar pagar. Susahkan orang nak lalu lalang.

komen parkir

Sebahagian daripada komen netizen yang mengecam pemilik rumah kediaman berkenaan.

"Kita berdoa sajalah ramai-ramai, supaya lori simen, jengkaut, lori sampah lalu, insyaAllah bergerak ke tepi sikit kereta tu," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini posting berkenaan meraih lebih 160 shares di ruangan komen.

Untuk makluman, perbuatan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana bukan sahaja menganggu ketenteraman awam malah boleh menjejaskan keharmonian dalam kehidupan berjiran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain