suria

Cikgu pencen ‘reject’ hadiah rakan guru dituduh tak bersyukur... Tapi netizen sokong, tak sangka hanya bagi lukisan dan rak rempah!

Seorang guru kecewa rakan sekerja beri hadiah tidak sepatutnya ketika hari persaraan. -foto hiasan

ORANG berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Bagaimanapun simpulan bahasa ini gagal dihayati oleh segelintir pihak yang hidup secara bermasyarakat.

Seperti satu luahan individu yang dipercayai seorang guru di Twitter, dia kecewa apabila rakan guru di sekolah tempatnya berkhidmat seperti tidak bersyukur dengan hadiah pemberian mereka.

Ujarnya, guru berkenaan bertindak kurang sopan dengan marah-marah kerana tidak menyukai hadiah yang diberikan sempena majlis persaraannya.

Ciapan individu dipercayai seorang guru.

"Haritu buat majlis persaraan. Biasa la kan kumpul duit bersama-sama panitia atau unit khas nak bagi hadiah pada orang yang bersara tu.

"Apa perasaan awak apabila (kita) penat cari hadiah dan (apabila) habis majlis, dapat mesej sebegini?," tulisnya sambil berkongsi tangkap layer mesej guru berkenaan di WhatsApp.

"Saya sangat kecewa dengan hadiah yang awak semua beri kepada saya hari ini.

"Kenapa semua yang bersara daripada jabatan Bahasa Inggeris sebelum ini ditanya nak hadiah apa, contohnya macam beg tangan. Tetapi kenapa dengan saya tak tanya?

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu lemah, nakal... kini jadi jurutera” - Ibarat ‘mesin masa’, cikgu garang MRSM bangga miliki buku markah usia 2 dekad

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu buat ‘content’ TikTok, akui bahagia ajar budak pandai... Syed Saddiq pula tegur jangan perlekeh pelajar ‘kelas belakang’

"Saya dah beri yang terbaik selama ini tetapi begini cara awak semua melayan saya.

"Siapa yang pandai-pandai beli tu ambil sahaja la. Saya tak nak simpan benda yang saya tak suka," kata guru yang bersara itu dalam nada kesal menerusi mesejnya.

Difahamkan guru yang bakal bersara itu diberikan hadiah berupa tiga buah bingkai lukisan kanvas serta rak rempah ratus.

Luahan guru berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tangkap layar mesej guru bersara di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun seorang lagi pengguna Twitter melahirkan rasa kurang senang dengan luahan guru berkenaan.

Ujarnya guru tersebut dianggap bersikap toksid dan negatif apabila berkongsi tangkap layar mesej rakan sekerjanya untuk perhatian umum.

"Awak boleh screenshot mesej peribadi cikgu bersara tu, muat naik di Twitter dan menjemput netizen menyindir dan mengumpat cikgu tu.

"Yang toksik sebenarnya ialah ketua panitia dan cikgu-cikgu lain di sekolah tu termasuk awak.

"Mengumpat boleh. Tanya orang nak hadiah apa tak boleh. Menjengkelkan," tulisnya.

Menurut individu berkenaan lagi, dia bersetuju dengan isu yang dibangkitkan oleh guru yang ingin bersara itu.

Ciapan pelayar Twitter yang menyelar penyebaran mesej aplikasi Whatsapp.

Ujarnya adalah lebih molek sekiranya kumpulan guru-guru berkenaan bertanya terlebih dahulu tentang hadiah yang diinginkan memangkan ia merupakan pemberian sempena menghargai sumbangannya selama ini sebagai pendidik.

"Katanya ketua panitia bagi tiga lukisan kanvas yang kalau gantung nampak cantik. Cantik? Untuk siapa? Untuk awak? Beli hadiah untuk awak atau untuk cikgu bersara tu?

"Kalau baca mesej cikgu tu, dia siap tanya kenapa awak semua tak tanya nak apa? Awak buat ciapa panjang tapi yang tu awak tak jawab pun.

"Awak sendiri yang membuka pintu menjemput orang menghina cikgu yang bersara tu. Apabila dia nak selimut, korang kata hobi buat tahi mata.

“Apabila dia kata tak suka rak rempah, korang kata dia jenis pemalas dan tak suka masak," luahnya.

Antara komen netizen di Twitter.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan individu ini.

"Sengkek sangat ke? Setakat loket Habib Jewel 916 baru harga RM300. Tak kan la tak boleh kumpul duit RM30 seorang. Dia ingat ni hadiah jamuan akhir tahun.

"Patut la orang tu marah... kau bagi lukisan kanvas kepada orang tua. Kalau aku pun tak nak," demikian antara komen netizen.

Namun dalam masa sama ada juga yang minta guru bersara tersebut untuk bersikap positif dan bersyukur dengan hadiah yang diberikan.

Kata mereka pemberian rakan sekerjanya itu bukan perkara wajib yang perlu dilakukan dalam alam pekerjaan.

"Orang nak bagi sebagai hadiah dan kita sebagai penerima kenapa nak pertikaikan? Orang dah bagi tu kira bersyukur je lah.

“Lagipun bukan jadi KPI pun kena bagi ikut kehendak cikgu tu. Cikgu tu pun bukan tak berduit nak beli apa kehendak dia," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain