suria

Mat salih mengemis pun disanjung! Rakyat Malaysia dikatakan mudah ‘cair’ dengan B40 versi mata biru, pemurah tak bertempat

Netizen luah rasa meluat dengan sikap pelancong yang meminta sedekah di negara ini.

RAKYAT Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan suka membantu.

Maka tidak hairanlah ada segelintir pelancong mengambil jalan mudah dengan aktiviti mengemis di kawasan terbuka.

Ini bukanlah satu isu baharu, namun kembali hangat diperkatakan selepas jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi berkongsi mengenainya di Facebook, baru-baru ini.

"Pelancong minta sedekah? Baru-baru ni viral beberapa kali juga pelancong negara luar datang ke Malaysia, dan meminta sedekah kat tepi jalan.

pelancong

Sebilangan pelancong yang menagih simpati warga tempatan.

"Dengar-dengarnya, mereka minta sedekah pun sebab nak tampung perbelanjaan. Sebab maklumlah, orang Malaysia baik-baik belaka. Bila melihat orang susah, pastinya akan bantu.

"Ditambahkan dengan sentimen muka 'mat salih', lagi la kita akan membantu kan?" ujarnya.

Dalam posting itu, Irfan turut membangkitkan persoalan mengenai sikap warga Malaysia yang mudah 'cair' dengan wajah-wajah asing, khususnya yang berkulit putih.

"Tapi kenapa bila dengan 'mat salih' saya perasan, kita orang Malaysia selalu membangga-banggakan lebih-lebih. Ha siapa boleh jawab?

Dengar-dengarnya, mereka minta sedekah pun sebab nak tampung perbelanjaan. Sebab maklumlah, orang Malaysia baik-baik belaka.

IRFAN KHAIRI

"Tapi tu lah, kalau betul-betul tak mampu tu dan minta sedekah, tak apa juga. Tapi sampai ada yang mengambil kesempatan baik hati orang Malaysia. Hmm, lain cerita kan? Apa pendapat anda keadaan ini?" soalnya lagi.

Menurut Irfan lagi, situasi sebegitu tidak dapat dilihat di kota besar seperti Dubai kerana mereka mempunyai undang-undang tersendiri yang melarang individu meminta sedekah.

Malah, dia turut bertanya kepada pelayar Facebook sekiranya wajar undang-undang tersebut dikuatkuasakan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas sedekah RM100, pemuda ini terkejut keluarga yang dibantu minggu lalu mahu bayar balik duitnya - “Dengan RM200 tu mereka kata boleh survive?”

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan sedekah, peniaga letih jadi ‘mesin ATM’ makcik penagih dadah! Bagi RM3 ‘tak layan’, berdrama jika tak dipedulikan

"Di Dubai, ada undang-undang yang melarang meminta sedekah. Siapa meminta sedekah akan diheret ke balai dan masuk lokap. Kena denda lagi tu.

"Sebab itulah di sini tiada peminta sedekah. Bukan tiada orang miskin. So, keadaan pelancong datang Dubai dan minta sedekah, memang tiada.

"Tak siapa berani. Mungkin inilah langkahnya yang boleh dibuat untuk membendung kegiatan sebegini kan? Apa pendapat anda?" tulisnya lagi.

irahm

Irfan berkongsi teguran itu menerusi Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar tindakan pelancong yang meminta sedekah di Malaysia, tak kurang juga yang mengecam sikap terlebih baik hati rakyat Malaysia terhadap mat salih.

"Sebelum ni pun dah banyak kes backpackers ni jual barang atau minta sedekah di tepi jalan. Geng mata biru ni kalau nak hidup kat Asia kena buat content pujian je confirm sekejap je settle masalah kewangan terutama kalau buat kat Malaysia dan Indonesia sebab mudah dapat followers.

"Simple sebab orang Malaysia khususnya orang Melayu laparkan validation orang putih.

"Jenis backpacker ni, gamble datang melancong dengan bajet cukup-cukup je," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain