SIAPA yang tidak teruja untuk memanjakan diri di spa tidak kiralah untuk merawat rambut, kulit hinggalah bahagian kuku. Bagi yang tiada pengalaman, jenis rawatan dan caj yang dikenakan mungkin menimbulkan tanda tanya. Jika kunjungan dibuat bersama rakan yang berpengalaman tak jadi masalah, tetapi bayangkan jika anda melakukannya bersendirian. Seorang pemuda tidak menyangka dirinya terjebak dengan apa yang didakwa 'penipuan' secara halus di sebuah pusat rawatan kuku tangan (manicure) dan kuku kaki (pedicure). Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, dia memberitahu kejadian berlaku di sebuah pusat beli belah dekat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. "Di tingkat lima tu ada dua wanita, muka macam Arab, Pakistan. Mereka tarik saya dan promote... nak buat manicure tak, RM15 je? "Saya pun (rasa) interesting dan masuk. Sekali dah masuk... (staf cakap) awak tak nak buat pedicure sekali ke? Kalau nak buat pedicure, harganya jadi RM25," katanya. Dia memberitahu servis itu ditawarkan di sebuah premis pusat beli belah dekat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Menyangka ia adalah pakej pada harga lebih menarik, dia kemudian bersetuju untuk melakukan rawatan kedua-dua kuku tangan dan kaki. "Bila dah buat proses tu, tiba-tiba dia (staf) cakap kaki saya kering. Dia cakap 'you tak nak buat massage (urut), spa ke? Kalau you nak buat macam ni, harganya jadi RM35'. "Saya pun kata okaylah, pergi juga buat sekali. Apabila dia dah buat tu, dia tanya tak nak buat foot massage ke untuk scrub you kat tumit. Saya cakap tak apa, nak buat ni je," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: 12 minit lesap RM30,000! Suami isteri menggigil, rasa nak gugur jantung kena 'scam' servis kemas rumah ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik 'petik' nama Kastam 'perah' duit mangsa Hanya mengurut kaki menggunakan losyen, dia juga tidak menyangka tempoh rawatan terlalu singkat. "Selepas buat manicure pedicure, saya pun nak pergi bayar dan dia (staf) keluarkan kalkulator. Saya ingatkan harganya RM35. "Tapi RM35 tu dia campur dengan mula-mula tadi yang RM25," tambahnya. Ayat manis mula-mula tu memang RM15 je. Lepas macam-macam add on dia cadangkan. NETIZEN Kos rawatan berjumlah RM60 benar-benar mengejutkannya sambil bertanya semula bagi mendapatkan pengesahan berhubung caj yang perlu dibayar. "Dia cakap ya, tambah express dan classic tu jadi 'add on'. Saya ingatkan harga classic tu saja, rupanya dia add on. "I macam bodoh-bodoh je, macam dia ni nak scam aku suruh bayar. Saya tanya ada pakai kad tak? (kaedah bayaran), dia kata tak ada pakai cash je. "Nasib baiklah dalam beg saya ada cash. Saya pun bayarlah bulat-bulat dan selepas tu saya rasa menyesal sangat, baik saya buat sendiri je," katanya dengan nada kesal. Antara komen netizen. Menerusi ruangan komen, pemuda tersebut tidak keseorangan apabila terdapat beberapa netizen turut meluahkan tentang diri mereka yang mengalami nasib sama. "Pernah kena. Buat pedicure je, cakap RM35. Sekali kena RM50. Mengamuk laki (suami) aku... aku bayar RM35 je, tau takut. "Pernah juga kena kat kedai dalam shopping mall tu, total RM100. Ayat manis mula-mula tu memang RM15 je. Lepas tu macam-macam add on dia cadangkan," ujar netizen. Segelintir netizen lain pula menyifatkan jumlah kos rawatan kuku yang dikenakannya masih dianggap murah jika dibandingkan nilai semasa di kebanyakan premis. "RM65 manicure pedicure tu murah dik oiii. "Sebenarnya tu kira OK untuk manicure pedicure. Awak tak kena scam dik," kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube