suria

Kos main golf murah, makanan pun sedap... Rupanya ini punca orang Jepun pilih Malaysia jadi rumah kedua

Faktor makanan antara sebab mengapa rakyat Jepun pilih menetap di Malaysia. -Gambar hiasan

HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Kata pujangga ini menekankan sehebat mana negara luar, ia tidak akan sama dengan tanah yang menjadi tempat tumpahnya darah kelahiran.

Namun begitu, melalui perkongsian lelaki ini di TikTok, ternyata ada warga Jepun yang lebih mencintai Malaysia berbanding negara mereka sendiri.

Perkongsian asal di laman Twitter.

Lelaki dikenali sebagai Kamachan yang berasal dari Kuala Berang, Terengganu itu kini bermaustatin di Shimane, Jepun kerana tuntutan kerja.

Dalam video yang dimuat naik Kamachan, dia menjawab soalan yang diajukan seorang warga maya mengenai mengapa ramai rakyat Jepun yang bekerja di Malaysia memilih untuk tinggal secara tetap di sini.

"Sudah 20 tahun saya kerja kilang Jepun di Malaysia. Saya lihat kebanyakan orang Jepun yang dah pencen tak nak balik Jepun selepas kontrak mereka habis, kenapa ye?" tanya seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berkelip mata mengintai gadis Melayu pakai singlet dan hot pants! Mangsa cerita pengalaman hitam di Jepun, menyesal tak pasang langsir

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik cleaner Masjid Negara rancak berbual bahasa Jepun, siap ajar delegasi cakap Melayu... “Power la, sambil pegang mop je!”

Berdasarkan pengalaman yang dimilikinya kerana berkecimpung dalam industri teknikal di Jepun, Kamachan menceritakan beberapa kupasan penting mengenai topik yang ditanya.

"Kebanyakan orang Jepun yang bekerja di Malaysia ni berpangkat tinggi, level manager ke atas. Kenapa mereka ni suka kerja di Malaysia?

"Sebab mereka ni tidak dikongkong oleh pegawai atasan yang lebih tinggi seperti di Jepun. Jadi mereka ni bebas untuk membuat apa-apa decision atau arahan di syarikat mereka bekerja.

Kos sara hidup lebih murah di Malaysia berbanding Jepun, mereka dapat hidup mewah di sini.

NETIZEN

"Bukanlah maksud saya sebebas-bebasnya, tetapi gerak-geri mereka tidak diperhatikan dengan terperinci seperti jika mereka bekerja di Jepun.

"Selain itu, mereka rasa ada power untuk make changes dan tidak diikat dengan manners yang ketat seperti di Jepun, di Malaysia lebih fleksibel," ujar Kamachan.

Menyentuh perihal di luar bidang kerja, Kamachan berkata faktor cuaca juga memainkan peranan.

"Selain daripada tu, of course, cuaca di Malaysia lebih stabil. Tak ada la panas sejuk, panas sejuk yang melampau. Itu salah satunya.

"Yang keduanya mungkin sebab makanan, kita ada kepelbagaian dan diversity of food," terang Kamachan.

Permainan golf menjadi sebab warga Jepun menetap di Malaysia. -Gambar hiasan

Agak memeranjatkan apabila Kamachan berkata hobi permainan golf juga menjadi sebab mengapa rakyat Jepun selesa tinggal di Malaysia.

"Ada antara orang Jepun ni suka main golf. Kos main golf di Malaysia ini murah dan itulah perkara yang boleh mendorong rakyat Jepun tinggal di sini.

"Facilities golf di Malaysia juga adalah antara yang terbaik di dunia," kata Kamachan memberikan ulasan mengenai perkara itu.

Seterusnya kompleks perumahan lengkap dengan prasarana menjadikan tempat tinggal di Malaysia kelihatan kondusif daripada perspektif warga Jepun.

"Barang pun murah, rumah pun selesa. Macam apartment lengkap dengan facilities seperti gym dan swimming pool. Di Jepun tak ada semua itu.

Sebahagian komen warga maya mengenai hobi golf di Jepun.

"Mungkin inilah antara sebab kenapa orang Jepun suka tinggal di Malaysia," kata Kamachan mengakhiri bicara.

Melewati ruangan komen, sebahagian warga maya sempat berkongsikan pengalaman yang dilalui mereka sendiri atau didengari dari orang sekeliling.

"Lagi satu dekat Malaysia lebih tenang dan lay back kerja mereka.

"Kos sara hidup adalah lebih murah di Malaysia berbanding di Jepun, mereka dapat hidup mewah di sini. Beruntung la kita rakyat Malaysia.

"Orang Jepun pangkat besar kerja dekat Malaysia dapat driver, dekat negara diorang tak ada, kena naik public transport," ujar sebilangan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain