suria

Rider wanita ditahan tengah jalan, motor hampir kena tarik... Ibu tunggal ini buntu ‘dihambat’ hutang, anak di rumah nak makan

Wanie mengalirkan air mata ketika berkongsi luahan mengenai masalahnya.

SUDAHLAH tidak sihat, motosikal yang digunakan untuk bekerja pula mahu ditarik orang.

Begitulah nasib yang terpaksa dilalui oleh seorang wanita yang bertugas sebagai penghantar makanan.

Berkongsi kesedihan menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, wanita dikenali sebagai Wanie itu memberitahu dia terpaksa keluar bekerja walaupun kesihatannya terganggu.

Namun tanpa disangka-sangka pada hari berkenaan dia didatangi pihak yang mahu menyita motosikalnya kerana sudah beberapa bulan gagal melunaskan tunggakan ansuran bulanan pinjaman bank.

Wanie merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki.

"Tak sihat, buat juga Grab, tiba-tiba ada yang datang nak tarik motor, dia kata tiga bulan dah tak bayar. Memang ada tunggakan bulan-bulan, bayar juga RM100 hingga RM150 macam tu. Bulan ni je tak bayar lagi.

"Katanya dia terpaksa tarik juga sebab hanya buat kerja. Saya beritahu kalau dia tarik, macam mana saya nak cari duit buat bayar semua tunggakan.

"Dengan anak kat rumah lagi nak makan apa? Bukan tak bayar terus, cuma tak bayar penuh je," tulisnya menerusi keterangan video.

Selepas mengadakan perbincangan, Wanie yang dipercayai ibu tunggal kepada seorang anak lelaki memberitahu, individu berkenaan tidak meneruskan hasrat untuk menarik motosikalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi rider sambil gigih jual air botol di stesen minyak, selepas 'diselidik' rupanya cari duit lebih nak nikah lagi 3 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak kaki terjuntai, rupanya rider gendong bayi keluar cari rezeki tengah panas... Hanya beri susu apabila balik rumah

"Dia lepaskan dulu, tapi dia tak boleh buat apa jika orang lain yang datang. Selepas itu dia minta 'duit kopi'.

"Terus-terang saya cakap ada RM3 je dalam beg," katanya sambil menambah pemuda berkenaan kemudian beredar.

Keadaan sangat terdesak selagi tak selesai semua tunggakan tu... interest makin hari makin naik.

WANIE

Menurut Wanie yang menetap di Kuala Lumpur, dia bagaimanapun tetap kusut memikirkan cara terbaik untuk melangsaikan tunggakan bayaran motosikalnya.

"Entah la macam mana nak buat lagi nak selesaikan semua. Duit makan lagi, baru je selepas bayar rumah, benda lain lagi.

"Kalau ada RM6,000 terus boleh selesaikan duit motor tapi itu la nak cari untuk (bayar tunggakan) tiga bulan pun susah," luahnya menerusi video yang menyaksikan Wanie yang memakai topi keledar menangis dan mengelap air matanya beberapa kali.

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyuarakan rasa simpati termasuk ada yang mahu menghulurkan bantuan kepada wanita itu.

Dalam perkongsian yang berasingan, Wanie mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannnya dan cuba untuk membantu.

"Maaf kalau saya menyusahkan awak semua. Keadaan sangat terdesak selagi tak selesai semua tunggakan tu selagi tu interest (faedah) makin hari makin naik.

"Macam saya biasa bayar sikit-sikit, tak bayar penuh setiap bulan. Tapi yang saya bayar tu semua bukan ke bulanan tapi ke interest.

"Saya pun terkejut sangat-sangat tengok bil tunggakan yang terlampau tinggi macam saya dah tak bayar berbulan-bulan. Semoga Allah SWT membalas semua kebaikan awak semua," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain