suria

Rider bergenang air mata, tak sangka dapat motor baharu... Kisah bapa jalan kaki 8km teman anak pergi sekolah sentuh hati cikgu

Seorang bapa dibantu dengan sebuah motosikal baharu.

NASIB tidak menyebelahi seorang bapa apabila motosikalnya ditarik pihak bank ketika mencari rezeki sebagai penghantar makanan gara-gara ansuran bulanan tertunggak.

Motosikal yang menjadi sumber pendapatan utama keluarga dan kenderaan yang digunakan untuk menghantar anak ke sekolah kini sudah tiada.

Menerusi satu perkongsian seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh, dia berkata seorang murid pra-sekolah terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer (km) dari rumah ke sekolah bersama bapanya.

"Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak empat bulan. Masa tu dia tengah buat job Grab, sumber pendapatan utama keluarga.

"Lepas hantar barang, pergi tempat parking motor, motor hilang. Ada brader bagi surat tunggakan beribu jumlahnya. Terduduk si ayah, motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah," tulisnya di Facebook.

Seorang bapa berulang-alik sejauh 8km untuk menghantar anaknya ke sekolah. -gambar hiasan

Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat bapa berkenaan untuk menunaikan tanggungjawabnya dengan menghantar anaknya ke sekolah seperti biasa.

"Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki. 2km pergi, 2km balik.

"Kemudian masa pulang kena jalan lagi 2km pergi, 2km balik. 8km ulang-alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider wanita ditahan tengah jalan, motor hampir kena tarik... Ibu tunggal ini buntu 'dihambat' hutang, anak di rumah nak makan

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa hutang beli beras, telur nak isi perut anak... Rider ibu tunggal ini hampir 'patah kaki', motosikal nak kena angkut

Menurut Mohd Fadli, bapa murid itu juga tetap hadir ke sekolah untuk Hari Orientasi Tahun Satu si anak ditemani isterinya untuk mendengar taklimat.

"Tak ramai ayah sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je, ni dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

Nasib keluarga tidak menyebelahi cita-citanya, namun dia akan pastikan anak-anaknya dapat pendidikan sempurna.

MOHD FADLI SALLEH

"Dia darpadai keluarga susah 10 adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di Tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.

"Hari ini, dia masih berkata pada aku memang dia suka belajar. Dulu dia nak jadi cikgu. Namun nasib keluarganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna,” katanya mengimbas kembali perbualan mereka.

Mohd Fadli sering berkongsi kisah semangat seorang bapa yang mementikan pelajaran anaknya.

Semangat bapa murid itu ternyata membuatkan Mohd Fadli berasa kagum kerana menjaga hak anak-anak dan mementingkan pelajaran.

"Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang, sebaik dia nak turun aku tahan. Abang ikut saya. Kakak dan anak naik la rumah.

"Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves. Bang, nak motor mana? Cikgu nak belikan untuk saya ke? Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia," tambahnya.

Menurut Mohd Fadli, bapa murid itu dihadiahkan dengan motosikal baharu SM Sport berharga RM3,600.

"Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih. Cikgu, saya tak tahu nak balas budi cikgu macam mana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki.

"Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain apabila abang senang sikit di hari akan datang.

"Sumbangan ini bukan daripada poket saya seorang, doakan semua penyumbang ya," tulisnya di Facebook yang merujuk kepada dana Pertubuhan Kebajikan Dana Kita untuk membantu masyarakat terutama yang kurang berkemampuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain