APA yang sedang berlaku sebenarnya? Mungkin begitulah persoalan netizen apabila menonton video pergaduhan sekumpulan individu yang tular di laman Twitter sejak pagi Selasa. Dalam video itu, dapat dilihat suasana kecoh di mana beberapa lelaki dan wanita, dipercayai sekumpulan ahli keluarga seperti sedang bertikam lidah antara satu sama lain. Pada permulaan video, kelihatan seorang lelaki botak sedang memberi amaran kepada wanita bertudung kelabu dan pemuda yang memakai baju Foodpanda, dipercayai suaminya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Eh jangan kurang ajar. Ajar bini kau. Faham tak? Ajar bini kau," ujar lelaki botak itu dalam nada yang berang kepada pasangan suami isteri berkenaan. Sambil dikelilingi beberapa individu, lelaki botak itu turut bertanya kepada pemuda berkenaan tentang penyelesaian kepada satu masalah yang berlaku antara mereka. "Kau tahu tak, kita nak settle, apa lagi masalah?" soal lelaki botak itu sebelum pemuda berkenaan melepaskan satu tumbukan ke arah wajahnya. Tindakan pemuda itu menyebabkan beberapa individu lain dari kumpulan ahli keluarga tersebut membalas tumbukan serta menerajangnya sehingga dia terjatuh di atas tanah. Kalau betul couple tu salah tapi agak-agak la wey isteri dia dah peluk suami dia macam tu nak bantai lagi dah kenapa? NETIZEN Isteri kepada pemuda itu turut disepak apabila dia cuba melindungi suaminya yang sedang dipukul beramai-ramai. Antara yang menjadi persoalan adalah kehadiran wanita berbaju merah yang sedang memegang mikrofon, sekali gus membuatkan netizen beranggapan mereka sedang menjalankan program hari keluarga di satu lokasi yangt idak dapat dipastikan. Pada penghujung video, lelaki botak itu sekali lagi muncul dan bertanyakan kepada pemuda berkenaan mengenai provokasi yang dimulakannya. "Siapa yang tumbuk siapa?" soal lelaki botak itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kurang ajar kau, dasar dayus!”- Kecoh pelanggan lelaki ‘hayun’ kaki ke muka peniaga perempuan, sakit hati tak boleh cuba pakaian ARTIKEL BERKAITAN: Pilih gadai nyawa daripada bertengkar! Suami nekad terjun dari kereta sewa selepas insiden gaduh dengan isteri Untuk rekod, video berkenaan meraih lebih 27,000 tontonan selepas ia dimuat naik pada 8 pagi, Selasa. Bagaimanapun, pemilik video tidak menyatakan lokasi serta punca sebenar kejadian. Rata-rata netizen turut menyelar tindakan kumpulan itu yang dianggap memalukan dan menggesa agar mereka dikenakan tindakan undang-undang. "Kalau aku pun bagi sedas kat pakcik botak tu. Tengking depan-depan. Puas hati kot. Pergaduhan dua lelaki ini berlarutan apabila ia turut disertai beberapa individu lain. "Masa hari keluarga ke ni? Baju sama je semua. "Kalau betul couple tu salah tapi agak-agak la wey isteri dia dah peluk suami dia macam tu nak bantai lagi dah kenapa? "Harap macik yang pakai mikrofon kekal pakai mikrofon bila disoal siasat polis nanti. "Lelaki yang pukul tu satu kesalahan, lelaki yang provokasi pun satu kesalahan dan memukul berjemaah pun satu kesalahan. Ada tiga kesalahan. Netizen menyelar tindakan memukul secara berjemaah yang dipaparkan dalam video tular itu. "Dengan makcik tu pun kena terajang kenapa?" tulis beberapa netizen. Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan semua pihak perlu menjauhinya. Mereka yang terlibat boleh disiasat mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 321 - dengan sengaja menyebabkan cedera. Hukuman pula diperuntukkan mengikut Seksyen 323 Kanun Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan hukuman penjara sampai setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Jika berlaku salah faham, cuba berbincang dan berbincang dengan cara baik, bukannya mengikut emosi atau bertindak melulu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube