suria

Tak lokek mewahkan bekas isteri, sang mantan dipuji berhati mulia... Siap bagi kereta dan kad kredit! Paling menarik ada bonus 20 peratus

Sepuluh tahun berlalu, lelaki itu tetap menampung perbelanjaan bekas isteri serta anak-anaknya. Foto: Freepik.

PENCERAIAN bukanlah pengakhiran sesebuah perhubungan.

Biarpun sudah berpisah dengan isterinya, seorang lelaki menerima pujian ramai apabila dia terus berbakti kepada insan yang pernah bertakhta di hatinya itu selain anak-anak mereka.

Kisah mengenai lelaki itu tular selepas ia dikongsikan oleh seorang kaunselor, Normaliza Mahadi menerusi laman Facebook, baru-baru ini.

cerai2

Pasangan itu bercerai kerana tiada persefahaman antara mereka. Foto: Freepik.

Menurut Normaliza, lelaki itu bukan sahaja memberi wang perbelanjaan bulanan, malah turut menyediakan rumah serta kereta buat bekas isterinya.

"Klien saya bercerai dengan isterinya atas dasar tidak sefahaman setelah sekian lama berusaha mempertahankan perkahwinan. Klien berpindah rumah dan bekas isteri dengan anaknya tinggal di rumah kelamin mereka.

"Klien berpendapat biarlah dia sahaja yang perlu menyesuaikan diri di tempat baru tetapi bukan bekas isteri dan anak-anak. Bekas isteri dibelikan sebuah kereta untuk kegunaan dengan anak-anak dan sekeping kad kredit untuk petrol," ujarnya.

Dia adalah mak yang sangat baik kepada anak-anak saya... pemberian saya biarlah Allah membalasnya.

BEKAS SUAMI

Selain itu, lelaki berkenaan masih menampung perbelanjaan di rumah bekas isterinya biarpun dia mendirikan rumah tangga dengan wanita lain sejak lima tahun lalu.

"Klien saya meneruskan semua perbelajaan rumah seperti biasa dan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada bekas isteri.

"Bekas isteri diberikan sebanyak RM1,000 sebulan untuk kegunaan sendiri. Semua perbelajaan lain bekas isteri seperti perubatan, percutian mengikut anak-anak, pakaian hari raya dan sebagainya masih dalam tanggungan bekas suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu isteri dapat RM10 seminggu je, lepas cerai terus tuntut nafkah tertunggak... Puas hati bekas suami kena bayar hampir RM70,000

ARTIKEL BERKAITAN: Minta nafkah batin tapi tak dilayan, rupanya suami serabut sebab hamilkan skandal... isteri baik izin kahwin lagi!

"Sudah 10 tahun berlalu perkara ini tidak pernah berubah walaupun bekas suami sudah lima tahun berkahwin lain," ceritanya lagi.

Normaliza juga pernah bertanya kepada klien itu sekiranya dia akan berhenti memberi nafkah selepas isterinya berkahwin lain suatu hari nanti.

Lelaki itu menjawab: "Tidak. Dia (bekas isteri) adalah mak yang sangat baik kepada anak-anak saya. Pemberian saya biarlah Allah membalasnya. Selagi saya mampu, InsyaAllah saya akan teruskan apa yang saya buat selama ini.

Tambah Normaliza, lelaki itu juga akan memberi 20 peratus daripada wang bonus yang diterimanya buat bekas isteri.

komen

Netizen memuji sikap pemurah lelaki tersebut yang dianggap 'rare' pada zaman ini.

"Setiap kali dia dapat bonus, bekas isteri akan dapat 20 peratus. Kereta bekas isteri ditukar pada tahun lepas untuk keselesaan," ceritanya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji lelaki itu kerana sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan bekas isterinya.

Malah, netizen berharap kisah yang diceritakan Normaliza akan menjadi tauladan buat lelaki lain agar sentiasa menghargai pasangan mereka.

"Subhanallah. Ada juga hamba Allah yang mulia begini. Syabas juga buat isteri baharu yang tidak membantah suaminya membantu mantan isteri dan anak-anak.

"MasyaAllah hebat... Tauladan buat pasangan yang bercerai di luar sana.

"Wujud rupanya bekas suami macam ni. Rare sangat," tulis beberapa individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain