SETIAP daripada kita pernah melalui fasa hidup yang sukar. Ujian yang menimpa kita juga ada kalanya terasa seperti di luar kemampuan. Begitulah perkongsian seorang wanita ini di Twitter mengenai perjalanan hidupnya pada ketika ini yang dirasakan penuh onak dan duri. Ciapan asal di laman Twitter. Disebut sebagai relapse iaitu keadaan seseorang itu menjadi bertambah sakit selepas pulih, wanita itu menyatakan hidupnya menjadi tidak terurus hingga mengganggu rutin harian serta selera makan. "Jujur saya cakap, dah hampir dua bulan tak cuci tandas. Barang-barang sepah pun saya macam malas nak kemas. Saya benci buat semua benda, rasa macam nak baring je tak nak buat apa-apa. "Itu belum sebut lagi saya hilang selera makan sejak minggu lepas. Saya ada beli gorpis (goreng pisang cheese). Tiga hari simpan tak makan, bukan sebab tak sedap tapi setiap kali makan je terus rasa nak muntah. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mereka akan terus judge orang mental ni gila” - Guru hidap bipolar paksa diri pergi sekolah, ini yang berlaku! ARTIKEL BERKAITAN: Kusut layan teman lelaki hidap bipolar, tak tahan terlalu clingy! Wanita buntu mahu kahwin atau putus... “Sayang, tapi penat sangat” "Nasi lemak daun pisang yang portion sedikit tu pun saya struggle nak habiskan. Tak faham kenapa. Rasa macam nak mati dah ke? Semua makanan tak habis," luah wanita itu. Selain itu wanita berkenaan juga memberitahu perkara yang diminatinya suatu ketika dahulu kini menjadi suatu bebanan. "Saya tahu keadaan teruk apabila saya tak mengemas sebab selalunya saya sangat suka mengemas. Kawan-kawan saya selalu cakap awak ni asyik tukar arrangement perabot dalam rumah je bukan ada beza pun. Saya pun dalam mode relapsed... dah tiga minggu berhenti gunakan WhatsApp dan berhenti bersosial. NETIZEN "Tapi untuk saya, perbezaan tu saya perasan. Tapi sekarang dah malas, semua benda malas. Pada satu tahap rasa macam tak nak ada kerja kejap," ujar wanita tersebut. Tambah wanita itu lagi, dia cuba berikhtiar untuk meredakan keserabutan yang sedang menyelubungi hidupnya namun semuanya serba tak kena. "Saya memang ada buat healing pergi tasik dengan pasangan, jalan-jalan, pergi beli barang dapur, masuk pusat membeli-belah untuk banyakkan berjalan, jalan waktu malam. "Sebenarnya dah hampir tiga bulan tak rasa mcm ni. Saya benci perasaan ni sekarang," katanya lagi. Meneruskan luahan, wanita itu memberi bayangan bahawa punca relapse ini terjadi kepadanya mungkin berpunca daripada masalah ubat yang tidak serasi. "Faham tak apabila ubat tu tak kena (serasi) memang akan jadi lagi teruk, tak boleh kerja semua. Saya pernah tak ada kerja untuk dua hingga tiga bulan sebab ubat tak kena. "Tapi sekarang saya tak mampu nak jobless sebab banyak benda nak kena tanggung termasuk anak-anak saya," kata wanita itu. Sebahagian ciapan balas warga maya. Seterusnya wanita itu berkata sejak kebelakangan ini dia mudah untuk berasa resah apabila berjumpa dengan orang di luar. "Satu lagi benda yang paling saya tak suka. Saya suka batalkan benda last minute sebab saya rasa saya tak bersedia, saya jadi macam tak senang duduk nak jumpa orang. "Penat tau nak harapkan orang faham kita sebab kita pun sebenarnya benci diri kita yang macam ni. Kejap okay kejap tak okay," ujar wanita itu mengakhiri luahannya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkongsikan pengalaman mereka sendiri dan memberikan sokongan kepada wanita itu. "Sekarang saya pun dalam mode relapsed. Dah tiga minggu berhenti gunakan WhatsApp dan berhenti bersosial. Tidur pun dua hingga empat jam sehari je. Nak pergi ke pantai dan menangis, tapi situasi sangat tak mengizinkan. "Saya akan keluar pergi steamboat atau pergi tempat yang ramai orang atau pergi kedai perabot untuk dapatkan idea hias bilik. "Tak beli apa-apa pun cuma nak tengok orang. Mungkin sebab kerja saya terasing dari orang, jadi bila saya keluar steamboat dan tengok dekorasi di kedai perabot, balik tu mesti saya akan tukar susunan bilik," kata sebahagian warga maya. Untuk rekod, relapse merupakan salah satu masalah kesihatan mental iaitu pesakit mengalami perulangan penyakit. Setiap kali berlakunya relapse fungsi dan keupayaan asal seseorang individu akan semakin merosot bahkan proses pemulihan juga akan mengambil masa yang lebih lama berbanding sebelumnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube