APLIKASI TikTok menjadi 'lubuk' perkongsian video dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Tidak terkecuali tentunya rakyat Malaysia tidak kira tua dan muda yang aktif menghasilkan kandungan (content) menerusi platform popular itu. Selain berkongsi video, pengguna TikTok turut mendapat manfaat dari segi peluang perniagaan, terutamanya jika mereka memiliki pengikut yang ramai. Maka, tidak hairanlah pemuda yang dikenali sebagai Pendekar Mustar ini mahu menjual akaun TikTok miliknya yang dengan harga RM3,000. Tangkap layar akaun TikTok pemuda itu yang dikongsi menerusi Facebook. Menurut rider GrabFood itu, dia berhasrat menjual akaunnya yang memiliki lebih 41,000 pengikut kerana sudah jarang menggunakan platform berkenaan. "Maaf lari tajuk. Saya juga rider Grab. Akaun (TikTok) ni dah lama tak aktif. Download masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab bosan. "Kalau yang suka buat bisnes, boleh post, view InsyaAllah ada, atas kreatif video kita juga. Nak jual RM3,000. Nak 'nego' boleh WhatsApp saya," ujarnya menerusi Facebook. Menurut Pendekar Mustar, platform TikTok membuka peluang perniagaan yang menguntungkan lebih-lebih lagi pelbagai fungsi baharu diperkenalkan pada masa ini. Adik saya 4,000 followers tapi hari-hari duit masuk sebab promote. PENDEKAR MUSTAR "Paling best TikTok sekarang boleh link dengan Shopee, just promote barang di Shopee, customer beli kita dapat komisyen. Tambah dekat nak raya, banyakkan promote baju, InsyaAllah okay," ujar pemuda itu. Tambah Pendekar Mustar, adiknya yang memiliki 4,000 pengikut di TikTok turut meraih pendapatan lumayan dengan berniaga secara dalam talian. "Adik saya 4,000 followers tapi hari-hari duit masuk sebab promote, walaupun video bulan lepas tapi masih ada orang beli hari ni, komisen tetap masuk di akaun TikTok. "Akaun TikTok cash out mudah, masuk nombor akaun kita, terus masuk ke akaun, tidak seperti Grab kena tunggu sehari atau lebih. ARTIKEL BERKAITAN: Sedar keluarganya B40, pelajar kejuruteraan belajar tentang ‘beg kuning’ TikTok! Kini mampu besarkan rumah keluarga, tambah 5 bilik ARTIKEL BERKAITAN: Zaman orang ketagih ‘FYP’, Boss Kay kongsi ilmu percuma untuk popular di TikTok... Tak lokek ajar cara ‘buat duit’ tanpa modal! "Apa-apa boleh direct message (DM) ya. Nak jumpa untuk pertukaran ID pun boleh, saya di Taman Paramount, Petaling Jaya," ujarnya lagi. Di ruangan komen, netizen turut kagum apabila akaun TikTok yang didaftarkan percuma mampu menjana pendapatan ribuan ringgit buat pemiliknya. Namun, ada yang turut mengecam pemuda itu kerana dianggap meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk akaun TikTok tersebut. Menurut pemuda itu, adiknya juga meraih pendapatan menerusi TikTok. "Apa yang boleh sampai RM3,000? Condition apa semua? Dulu orang follow ada bayar eh? "Dulu orang jual Instagram, sekarang TikTok. Ye la, bukan senang nak kumpul followers. "Gila la, akaun TikTok pun jual. "Pandai buat duit. Benda free daftar je," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube