SEGELINTIR manusia sanggup melakukan apa saja kerana terdesak. Begitu juga dengan seorang lelaki yang tergamak memperalat kanak-kanak demi kepentingan sendiri. Budak malang itu dijadikan mangsa untuk melakukan perbuatan jenayah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi satu video yang tular, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai menunjukkan seorang lelaki kelihatan mundar-mundar di hadapan premis. Tiada seorang kakitangan yang dilihat dalam rakaman CCTV dan terdapat rantai panjang yang menutup laluan masuk ke kedai, kemungkinan staf keluar ke tandas atau berehat. Hanya berdiri di luar kedai, pemuda tersebut memanggil seorang kanak-kanak lelaki untuk mendekatinya. Dia kemudian berkata sesuatu kepada budak berkenaan sebelum menolaknya secara perlahan-perlahan ke dalam premis dengan mengangkat rantai. Kanak-kanak terbabit diarah untuk mengambil telefon di kaunter. Lelaki tersebut kemudian memberi isyarat supaya kanak-kanak itu mengambil sesuatu di atas kaunter. Seperti mendengar arahan, budak itu mengambil telefon bimbit di kaunter dan menyerahkannya kepada lelaki berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap ke tercuri? Aksi wanita 'acah' tak ingat kasut sendiri jadi perhatian, kesian... muda-muda dah pelupa ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri tenang, selamba angkut tong gas panjat pagar! Tapi netizen tak simpati... "Bagus, akak buat syarat pertama rakam dulu" Sebagai langkah berjaga-jaga, dia sesekali memusingkan badannya mungkin untuk meninjau keadaan di sekeliling. Ternyata taktik lelaki itu menjadi apabila kanak-kanak malang itu terus menyerahkan telefon kepadanya seolah-olah dialah pemiliknya. Dalam keadaan terpinga-pinga, budak tersebut ditinggalkan, manakala lelaki berkenaan terus beredar Lelaki itu beredar meninggalkan kanak-kanak tersebut selepas mendapat telefon. Menurut pengguna TikTok yang memuat naik rakaman itu, kejadian dipercayai berlaku di Kuching di Sarawak. Tanpa memaklumkan tarikh kejadian, dia bagaimanapun memaklumkan laporan polis telah dibuat. "Awas kepada ibu bapa! Pencuri manipulasi kanak-kanak untuk mencuri," tulisnya sambil menegaskan kanak-kanak itu bukanlah anak lelaki berkenaan. Macam-macam cara orang untuk mencuri. NETIZEN Sebagai peringatan, ini merupakan perbuatan jenayah, bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut dilarang dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan lelaki itu yang sanggup mempergunakan budak kecil untuk mencuri. Antara komen netizen. "Macam-macam cara orang untuk mencuri. "Gunakan budak, lepas tu kau blah. "Bahaya zaman sekarang, budak pun dipergunakan. "Kantoi muka dah tersebar," kata netizen, merujuk muka suspek yang memakai pelitup muka di bawah dagu dirakam oleh CCTV . Dalam pada itu, netizen turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau setiap pergerakan anak-anak mereka terutama di luar rumah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube